Month: September 2018

Warisan Kasih

Ketika saya sedang membaca Alkitab milik moyang perempuan saya, sekeping kertas yang terharga terjatuh ke pangkuan saya. Kertas kecil itu tertulisnya tulisan tangan kanak-kanak, “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur” (Matius 5:3-4). Di sebelah ayat-ayat kursif itu adalah tandatangan ibu saya.

Cara Betul untuk Berdoa

Saya mengagumi orang yang mencatatkan permohonan doa mereka dalam jurnal-jurnal yang sudah koyak disebabkan penggunaan harian, mereka yang menjejaki setiap doa dan memberi pujian lalu mengemaskinikan senarai doa mereka dengan setia. Saya diilhamkan oleh mereka yang berkumpul dengan orang lain untuk berdoa dan berlutut sehingga melusuhkan permaidani di tempat tidur mereka. Selama bertahun-tahun, saya cuba mempelajari gaya mereka dan mengikut jejak doa hidup yang tepat, serta meniru golongan yang lebih petah berkata-kata daripada saya. Saya berusaha untuk menguraikan apa yang dianggap misteri bagi saya, kerana saya ingin mempelajari cara yang betul untuk berdoa.

Demi Kebaikan Anda?

Oleh sebab saya suka makan coklat hitam, maka saya pernah melayari Google tentang topik, “Adakah coklat hitam baik untuk anda?” Saya mendapat pelbagai jawapan—ada beberapa jawapan yang baik dan yang buruk. Anda boleh mendapat keputusan pencarian yang sama untuk hampir semua produk makanan. Adakah susu baik untuk anda? Adakah kopi baik untuk anda? Adakah beras baik untuk anda? Terdapat pelbagai jawapan yang memeningkan untuk soalan-soalan ini, jadi anda perlu maklum bahawa pencarian itu sendiri mungkin tidak baik untuk anda, kerana semua ini mungkin boleh menyebabkan anda sakit kepala!

Kepuasan yang Muktamad

Ketika kami sedang mengedarkan makanan ringan untuk kanak-kanak di program Sekolah Alkitab, kami memerhatikan seorang budak lelaki yang melahap makanan ringannya. Kemudian dia juga makan baki makanan daripada kanak-kanak lain di mejanya. Walaupun saya sudah memberikan satu beg bertih jagung kepadanya, dia masih tidak puas. Sebagai pemimpin, kami berasa bimbang tentang keadaan budak kecil yang begitu lapar itu.

Apakah Yang Ada Pada Nama?

“Gip” Hardin, seorang pengkhutbah Methodist, menamakan anaknya sempena nama seorang pengkhutbah yang terkenal, John Wesley, yang mencerminkan harapan dan aspirasi Gip untuk anak lelakinya. Bagaimanapun, John Wesley Hardin secara tragik telah memilih arah kehidupan yang amat berbeza dengan maksud sebenar dalam namanya. Dengan mengakui bahawa dia telah membunuh seramai 42 orang, Hardin menjadi salah seorang penjenayah bersenjata api yang paling terkenal di Amerika Barat pada akhir 1800-an.