Seorang ayah yang cemas telah pergi kepada tukang tilik bersama dengan anak remaja lelakinya untuk bertanya nasib. “Sejauh manakah anak anda akan mengembara?” tanya tukang tilik itu. “Dia akan pergi ke bandar besar,” jawab ayah tersebut, “dan dia akan pergi untuk jangka masa yang lama.” Sementara menghulurkan azimat (sejenis azimat yang akan membawa nasib baik) kepada ayah itu, dia berkata, “Ini akan melindungi dia ke mana dia pergi.”

Saya ialah budak lelaki itu. Bagaimanapun, tukang tilik dan azimat itu tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan kepada saya. Semasa berada di bandar itu, saya menaruhkan kepercayaan saya pada Yesus. Saya membuang azimat itu dan berpegang teguh kepada Kristus. Dengan memiliki Yesus, ia menjamin hadirat Tuhan dalam hidup saya.

Tiga puluh tahun kemudian, bapa saya kini menjadi seorang yang percaya kepada Tuhan. Dia berkata kepada saya ketika kami bergegas menghantar adik lelaki saya ke hospital, “Mari kita berdoa terlebih dahulu; Roh Tuhan menyertai anda sepanjang hidup anda!” Kami telah belajar bahawa hadirat dan kuasa Tuhan merupakan satu-satunya jaminan bagi keselamatan kami.

Musa telah mempelajari pelajaran yang sama. Tuhan telah memberi dia satu tugas yang mencabar—memimpin orang keluar daripada perhambaan di Mesir dan menuju ke Tanah Perjanjian (Keluaran 3:10). Tetapi Tuhan menyakinkan dia, “Sesungguhnya, Aku akan bersama dengan kamu” (Keluaran 3:12).

Perjalanan kita juga bukannya tanpa cabaran, tetapi kita diyakinkan oleh hadirat Tuhan. Seperti Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman” (Matius 28:20).