William Carey merupakan seorang budak lelaki yang berpenyakit. Dia dilahirkan di sebuah keluarga yang miskin di Northampton, England. Masa depannya kelihatan tidak begitu cerah. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan baginya. Dengan mengatasi segala rintangan, dia berpindah ke India, yang dia telah membawa reformasi sosial yang besar dan menterjemahkan Alkitab kepada beberapa bahasa India. Dia mengasihi Tuhan dan orang lain, serta melakukan banyak perkara untuk Tuhan.
Daud, anak Isai, ialah seorang anak muda yang biasa, anak bongsu dalam keluarganya. Sejak lahirnya, dia adalah seorang gembala yang sederhana sahaja di pergunungan Betlehem (1 Samuel 16:11-12). Tetapi Tuhan melihat hati Daud dan menyediakan rancangan untuknya. Raja Saul telah ditolak oleh Tuhan kerana ketidaktaatannya. Ketika nabi Samuel meratapi disebabkan oleh banyak pilihan yang dibuat oleh Saul, Tuhan memanggil Samuel mengurapi seorang raja yang lain, iaitu salah seorang anak lelaki Isai.
Apabila Samuel melihat Eliab yang tinggi dan kacak, dia berfikir, “orang yang berdiri di hadapan TUHAN ini tentulah orang yang dipilih-Nya” (ayat 6). Bagaimanapun, strategi Tuhan untuk mencari seorang raja adalah sangat berbeza dengan cara Samuel. Pada hakikatnya, Tuhan berkata tidak kepada setiap anak Isai, kecuali anak bongsunya. Pemilihan Daud sebagai raja bukanlah tindakan strategik Tuhan, ataupun yang dilihat pada pertama kalinya. Apakah yang dapat dilakukan oleh seorang gembala muda bagi komunitinya, apatah lagi bagi negaranya?
Ini merupakan penghiburan yang besar apabila mengetahui bahawa Tuhan mengenal hati kita, dan menyediakan rancangan bagi kita.