Month: Februari 2019

Tenggelam dalam Anugerah

Akhirnya, pada 8 Januari 1964, Randy Gardner yang berusia 17 tahun telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya selama 11 hari dan 25 minit: dia tertidur. Dia mahu mengalahkan Rekod Dunia Guinness Book untuk jangka masa yang paling lama manusia dapat berjaga. Dengan mengambil minuman ringan dan bersenam di gelanggang bola keranjang dan lorong boling, Gardner menolak untuk tidur selama satu minggu minggu. Sebelum dia tertidur pada akhirnya, deria rasa, bau, dan pendengarannya menjadi semakin tidak teratur. Beberapa dekad kemudian, Gardner mengalami insomnia yang teruk. Dia telah berjaya menciptakan rekodnya, tetapi dia juga mengesahkan dengan jelas: tidur adalah sangat penting.

Di Luar Konteks

Semasa saya beratur untuk menaiki pesawat, seseorang menepuk bahu saya. Saya menoleh ke arah orang itu dan dia menyapa saya dengan mesra. “Elisa! Adakah anda masih ingat saya? Saya Joan!” Fikiran saya mengimbas beberapa “Joan “yang saya kenal, tetapi saya tidak dapat mengingatnya. Adakah dia jiran lama saya? Rakan sekerja dahulu? Alamak … Saya benar-benar tidak tahu.

Pertempuran

Apabila peluru besar dari meriam jatuh di sekitarnya dan mengeluarkan bunyi yang menggegar bumi, seorang askar muda berdoa dengan penuh kesungguhan, “Ya Tuhan, jika Engkau izinkan aku mengharungi keadaan ini, maka aku akan pergi ke sekolah Alkitab yang diingini ibu saya.” Tuhan mengabulkan doanya. Askar muda itu, yakni ayah saya telah terselamat daripada Perang Dunia II, pergi ke Institut Alkitab Moody serta melaburkan hidupnya dalam pelayanan.

Dilihat oleh Tuhan

Cermin mata pertama yang saya gunakan telah membuka mata saya untuk melihat dunia dengan jelas. Saya menghidapi rabun jauh, maksudnya, objek yang dekat dapat dilihat dengan jelas. Namun tanpa cermin mata, benda-benda di sekitar bilik atau dalam jarak yang tertentu kelihatan agak kabur. Pada usia dua belas tahun, saya memiliki sepasang cermin mata yang pertama, dan saya terkejut apabila dapat melihat perkataan yang jelas di papan tulis, daun kecil di atas pokok, dan mungkin hal yang paling penting ialah senyuman pada wajah orang di sekeliling saya.

Memberi Pujian

Pada awal 1960-an, beberapa buah lukisan yang unik yang memaparkan orang atau haiwan dengan mata besar dan sedih menjadi popular. Ada orang menganggapnya sebagai hasil karya yang tidak berkualiti—atau kodi—tetapi ada juga yang menyukainya. Ketika suami artis itu yang menghasilkan lukisan itu mula mempromosikan hasil karya isterinya, pasangan itu semakin berhasil. Akan tetapi tandatangan artis tersebut—Margaret Keane—tidak muncul dalam karyanya. Sebaliknya, suami Margaret membentangkan hasil karya isterinya itu sebagai miliknya sendiri. Margaret dengan takut telah berdiam diri tentang penipuan itu selama dua puluh tahun sehinggalah perkahwinan mereka berakhir. Kedua-dua mereka harus melukis di mahkamah untuk membuktikan identiti artis yang sebenar.