Month: Februari 2019

Kasih Mengubah Kita

Sebelum saya bertemu dengan Yesus, saya telah mengalami luka yang sangat dalam sehingga saya menghindari hubungan rapat dengan orang lain kerana takut akan disakiti sekali lagi. Ibu saya tetap menjadi sahabat terdekat saya, sehinggalah saya berkahwin dengan Alan. Selepas tujuh tahun dan berada di ambang perceraian, saya membawa anak kami Xavier yang masih bersekolah tadika untuk menghadiri kebaktian gereja. Saya duduk berhampiran dengan pintu keluar, takut untuk percaya namun terdesak untuk mendapatkan bantuan.

Gerakan Hati

Menurut Biro Banci Amerika Syarikat, orang Amerika berpindah-randah dari satu alamat ke alamat lain dengan purata sebelas hingga dua belas kali sepanjang hayat mereka. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seramai 28 juta orang telah membungkus barang-barang mereka dan berpindah ke rumah yang baharu.

Saya dapat Melihat Segalanya

Pada suatu hari ketika musim yang sangat sejuk, Krista berdiri memandang rumah api yang indah ditutupi salji di tebing tasik. Ketika dia mengambil telefonnya untuk menangkap gambar, cermin matanya berkabut. Dia tidak dapat melihat sesuatu sehinggalah dia menghalakan kamera telefonnya itu ke arah rumah api dan menangkap gambar pada sudut yang berbeza sebanyak tiga kali. Apabila dia melihat gambar-gambar itu kemudian, dia menyedari bahawa kameranya telah ditetapkan pada fungsi “swafoto” (fungsi yang mengambil foto sendiri). Dia ketawa sambil berkata, “Fokus saya ialah saya, saya, dan saya. Segala yang saya lihat ialah saya sendiri.” Foto-foto Krista membuat saya berfikir tentang kesilapan yang sama: Kita boleh sahaja menjadi terlalu fokus kepada diri sendiri, sehingga kita tidak melihat gambaran yang lebih besar tentang rancangan Tuhan.

Telinga Bermaksud untuk Mendengar

Pelakon Diane Kruger telah ditawarkan satu watak yang akan menjadikannya terkenal. Akan tetapi watak tersebut menuntut dia berlakon sebagai seorang isteri yang masih muda, serta seorang ibu yang mengalami kehilangan suami dan anaknya. Dia sendiri tidak pernah mengalami kehilangan sampai ke tahap sedemikian. Dia tidak pasti sama ada dia boleh melakonkan watak tersebut. Walau bagaimanapun, dia menerima tawaran tersebut. Untuk mempersiapkan dirinya, dia mula menghadiri pertemuan sokongan untuk orang yang melalui lembah kesedihan yang amat dalam.

Dipulihkan

Serangan cengkerik Mormon pada tahun 2003 telah memusnahkan lebih daripada $25 juta hasil tanaman. Cengkerik datang dalam jumlah yang begitu banyak sehingga dapat dilihat di merata-rata tempat. Serangga yang rupanya seperti belalang ini menyerang tanaman para perintis Utah pada tahun 1848, dan yang menghairankan ialah bahawa serangga ini boleh makan lebih daripada 17 kg bahan tumbuhan sepanjang hayatnya, meskipun ia cuma bersaiz 5 hingga 8 sentimeter panjangnya. Serangan ini turut membawa akibat dahsyat kepada punca pendapatan para petani dan secara keseluruhan, bencana ini menjejaskan ekonomi negeri atau negara.