Bulan: Mac 2019

Memperingati Bapa Saya

Apabila saya teringatkan ayah saya, dia meninggalkan gambaran yang mendalam sewaktu dia memantakkan paku atau berkebun di luar rumah, atau bekerja di bengkelnya di tingkat bawah yang berselerak, yang dimuat dengan pelbagai peralatan. Tangannya sentiasa sibuk dengan tugas atau projek—kadangkala dia membina sebuah garaj, dek atau rumah burung, ada masanya dia membuat kunci, dan kadangkala dia mereka bentuk seni kaca berwarna dan barangan kemas.

Penghalang

“Jika anda sedang bercakap dengan seseorang tetapi dia kelihatannya tidak mendengar, bersabarlah. Mungkin ada sehelai bulu halus tersumbat dalam telinganya.” Ini ungkapan terkenal daripada Winnie the Pooh.

Berkat-Nya akan Datang

Saya dan seorang sahabat pergi berjalan-jalan bersama cucu-cucunya. Ketika dia menolak kereta sorong cucunya, dia berkata bahawa langkahnya sia-sia sahaja, kerana peralatan yang dipakainya pada pergelangan tangan tidak dapat mengesan aktivitinya jika dia tidak mengayunkan tangan ketika berjalan. Saya berkata kepadanya bahawa langkah-langkahnya juga masih bermanfaat bagi kesihatan dia. Sambil tertawa, dia berkata “Ya. Tetapi saya betul-betul mahu akan pingat emas elektronik itu!”

Menyanyi Dalam Roh

Semasa Kebangkitan Rohani Welsh berlaku pada awal abad ke-20, G. Campbell Morgan, seorang guru Alkitab menjelaskan apa yang diperhatikannya. Dia mempercayai bahawa hadirat Roh Kudus Tuhan sedang bergerak pada “gelombang-gelombang lagu pujian rohani.” Morgan menulis bahawa dia telah melihat pengaruh muzik dalam menyatukan ibadat-ibadat, serta menggalakkan orang mula berdoa, membuat pengakuan dosa, dan bernyanyi secara spontan. Jika seseorang yang dikuasai perasaan telah berdoa terlalu panjang, atau bercakap sesuatu yang tidak sehaluan dengan yang lain, seseorang akan bernyanyi secara lembut. Orang yang lain akan turut serta secara lembut, paduan suara akan bergema sehingga menenggelami semua bunyi lain.

Dilitupi Awan

Pada bulan November 2016, bulan purnama (supermoon) yang jarang ternampak muncul—ketika kedudukan bulan berada di orbit yang paling dekat dengan bumi sejak 60 tahun dahulu. Oleh itu bulan kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada masa yang lain. Tetapi bagi saya, hari itu langit dilitupi kekelabuan. Walaupun saya melihat gambar-gambar bulan yang mengagumkan ini daripada sahabat-sahabat dari tempat-tempat lain, sewaktu saya menengadah ke atas langit, saya harus percaya bahawa bulan besar itu bersembunyi di sebalik awan-awan.