Month: April 2019

Pemenang di Luar Jangkaan

Mungkin detik yang paling mengejutkan dan tidak masuk akal telah berlaku pada Olimpik Musim Sejuk 2018, apabila juara dunia bagi acara meluncur papan salji dari Republik Czech yang bernama Ester Ledecka telah memenangi acara sukan yang sangat berbeza: ski! Dia merangkul pingat emas walaupun mula-mula dia berada pada kedudukan yang ke-26—suatu pencapaian yang dipercayai mustahil.

Tidak Mustahil untuk Berubah

Pada suatu petang Sabtu, beberapa ahli kumpulan belia dari gereja saya berkumpul untuk saling bertanya soalan yang sukar berdasarkan kitab Filipi 2:3-4: “Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.” Antara soalan yang sukar termasuklah: Berapakah kerapnya anda mempedulikan orang lain? Adakah orang menggambarkan anda sebagai seorang yang rendah hati, ataupun seorang yang sombong? Kenapa?

Mengharungi Kesukaran Besar

Projek Pengalaman, iaitu salah satu rancangan komuniti yang terbesar dalam talianpada abad ke-21, dahulunya ia pernah menjadi laman web yang berjuta-juta orang berkongsi pengalaman mereka yang sangat menyakitkan secara terbuka. Ketika saya membaca kisah mereka yang menghancurkan hati itu, saya menyedari bahawa hati kita sangat merindukan seseorang untuk melihat—untuk memahami—kesakitan kita.

Perlukan Hati yang Baru?

Berita itu tidak baik. Bapa saya telah mengalami sakit dada, oleh itu doktor telah mengatur pemeriksaan untuk jantungnya. Keputusan pemeriksaan menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian arterinya telah tersumbat.

Berjaga-jaga!

Saya membesar di kota selatan Amerika yang bercuaca panas. Justeru itu, apabila saya berpindah ke bahagian utara, saya mengambil masa untuk belajar memandu dengan selamat pada cuaca bersalji. Semasa kali pertama pada musim sejuk yang teruk, saya terkandas dalam perjalanan yang diliputi salji tebal sebanyak tiga kali! Tetapi selepas membiasakan diri selama beberapa tahun, saya mula berasa selesa untuk memandu dalam keadaan bersalji. Hal itu membuatkan saya menjadi leka dan berhenti berjaga-jaga, sehingga pada suatu hari saya telah terlanggar tompok ais hitam dan tergelincir lalu melanggar tiang telefon di tepi jalan!