“Jangan sesekali pun terlepas peluang untuk menunjukkan bulan itu kepada anak-anakmu!” katanya. Sebelum perjumpaan doa mingguan kami bermula, kami berbual-bual tentang bulan penuh pada malam sebelumnya. Bulan itu sungguh mempesonakan, kerana ia seolah-olah berada di kaki langit. Puan Webb merupakan seorang wanita tua dalam kelompok kami, dia beruban dan menyukai ciptaan Tuhan yang hebat. Dia tahu bahawa saya dan isteri saya mempunyai dua orang anak di rumah kami pada masa itu, dan dia mahu membantu saya melatih mereka supaya menghayati ciptaan Tuhan. Jangan sesekali pun terlepas peluang untuk menunjukkan bulan itu kepada anak-anakmu!

Puan Webb boleh menjadi seorang pemazmur yang baik. Cara pemerhatiannya boleh dicerminkan dalam penghuraian Daud tentang sifat-sifat syurgawi yang “Ucapan atau perkataan tidak digunakan … namun berita itu sampai ke seluruh dunia, dan dikhabarkan ke hujung bumi” (Mazmur 19:4-5). Pemazmur dan Puan Webb tidak berniat untuk menyembah bulan atau bintang-bintang, melainkan menyembah Pencipta yang kreatif di sebaliknya. Syurga dan langit mendedahkan kemuliaan Tuhan (ayat 2).

Kita juga boleh mendorong mereka yang di sekeliling kita—daripada bayi-bayi dan remaja-remaja, kepada pasangan suami dan isteri dan jiran-jiran—untuk berhenti, melihat, dan mendengar perisytiharan dan pengumuman tentang kemuliaan Tuhan adalah di sekeliling kita. Perhatian kita yang ditarik kepada karya tangan-Nya akan memimpin kita menyembah Tuhan yang mengagumkan dan menciptakan segalanya. Jangan sesekali pun terlepas peluang itu.