Apabila laporan kesihatan kakak saya, Carolyn menunjukkan dia menghidapi barah pada penghujung Februari 2017, saya memberitahu kawan-kawan, “Saya perlu meluangkan masa sebanyak mungkin dengan kakak saya—mulai sekarang.” Beberapa orang berfikir reaksi saya adalah melampau terhadap khabar tersebut. Namun kakak saya meninggal dalam tempoh 10 bulan. Walaupun saya telah meluangkan masa selama berjam-jam dengannya, tetapi kita tidak pernah mempunyai cukup masa untuk menyatakan kasih itu kepada orang kesayangan kita dengan secukupnya.
Rasul Petrus menggesa pengikut-pengikut Yesus zaman awal “saling mengasihi dengan sepenuh hati” (1 Petrus 4:8). Masa itu mereka hidup dalam penganiayaan, mereka lagi memerlukan kasih daripada saudara-saudara seiman. Namun oleh sebab Tuhan sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati mereka, maka mereka mampu membalas dengan mengasihi orang lain. Kasih mereka dinyatakan melalui doa, menyambut saudara seiman di rumah, serta percakapan yang lemah lembut dan benar, dengan kekuatan yang diberikan oleh Tuhan (1 Petrus 4:9-11). Melalui rahmat-Nya, Tuhan telah mengurniakan mereka supaya dapat saling melayani dengan membuat pengorbanan untuk tujuan Tuhan yang baik, “supaya dalam segala hal Allah dimuliakan melalui Yesus Kristus” (ayat 11). Inilah rancangan Tuhan yang berkuasa, yang melaksanakan kehendak-Nya melalui kita.
Kita memerlukan orang lain dan mereka memerlukan kita. Marilah kita menggunakan kesemua masa dan sumber yang sudah kita terima daripada Tuhan untuk saling mengasihi—mulai sekarang.
ILHAM
Salah satu yang menarik dalam tulisan Petrus adalah sasaran pembacanya.. 1 Petrus 1 mengatakan bahawa dia menulis kepada "umat pilihan Allah, yang tinggal sebagai orang pelarian yang tercerai-cerai di seluruh daerah Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia, dan Bitinia." Ini adalah lima wilayah Roma di Asia Kecil (Turki kini). Hal ini menarik kerana pelayanan Petrus ditujukan kepada orang Yahudi, sedangkan Paulus adalah rasul bagi orang bukan Yahudi (Galatia 2:9). Oleh itu, kebanyakan aktiviti misionari Paulus membawa injil ke tempat-tempat sama yang ditulis oleh Petrus. Wilayah-wilayah Asia Kecil yang sama ini sebelumnya telah menerima surat daripada Paulus (Galatia 1:1-2). Ini menunjukkan bahawa, walaupun Paulus dan Petrus mempunyai misi yang berlainan, tetapi mereka mempunyai memprihatinkan gereja-gereja Galatia, mungkin kerana kebanyakan jemaah-jemaah yang bukan Yahudi di sana telah dipenuhi orang buangan Yahudi yang telah melarikan diri dari Yerusalem—membentukkan gereja-gereja yang benar-benar berbilang kaum.Untuk mempelajari lebih lanjut bagaimana geografi mempengaruhi pemahaman kita mengenai Alkitab. Layari christianuniversity.org/NT110.