Pada awal 1900-an, Syarikat “Packard Motor Car” menghasilkan slogan untuk menarik perhatian pembeli. “Tanyalah Pembeli Kereta” telah menjadi satu slogan kuat, yang menyumbang kepada reputasi syarikat sebagai pengeluar kenderaan mewah yang utama pada era itu. Apa yang seolah-olah difahami oleh Packard ialah kesaksian peribadi menawan pendengar: kepuasan seorang kawan terhadap sesuatu produk ialah pengesahan yang kuat.

Dengan berkongsi kesaksian diri sendiri tentang kebaikan Tuhan, ini juga akan memberikan impak. Tuhan menjemput kita menyatakan perasaan berterima kasih dan sukacita bukan sahaja kepada Dia, tetapi juga kepada orang di sekeliling kita (Mazmur 66:1). Pemazmur tidak sabar-sabar berkongsi dalam lagunya tentang pengampunan Tuhan yang diberikan kepadanya apabila dia berpaling daripada dosa (ayat 18-20).

Tuhan telah melakukan pekerjaan yang luar biasa mengikut sejarah, misalnya memisahkan Laut Gelagah (ayat 6). Dia juga telah melakukan pekerjaan luar biasa dalam kehidupan setiap orang: memberikan kita harapan dalam penderitaan, memberikan kita Roh Kudus untuk memahami firman-Nya dan memenuhi keperluan harian kita. Apabila kita berkongsi dengan orang lain tentang pekerjaan Tuhan dalam kehidupan kita sendiri, kita memberikan sesuatu yang lebih berharga daripada mengesyorkan sesuatu produk—kita mengkhabarkan kebaikan Tuhan dan saling menggalakkan sepanjang perjalanan hidup.