Semasa berlakunya perdebatan awam ke atas undang-undang Singapura yang menimbulkan kontroversi, ini membahagikan orang percaya kerana pandangan yang berbeza. Ada yang mencela orang lain “berfikiran sempit” atau menuduh mereka telah berkompromi dalam iman.

Kontroversi boleh menyebabkan perpecahan dalam keluarga Tuhan, menimbulkan banyak luka dan kekecewaan. Saya pernah dipandang rendah ketika saya menerapkan ajaran Alkitab dalam kehidupan saya. Pada masa yang sama, saya juga berasa bersalah kerana mengkritik orang lain yang berbeza dengan pendapat saya.

Saya ragu-ragu jika masalah bukan berpunca daripada pandangan kita atau cara kita menyatakan pandangan kita, melainkan sikap hati kita apabila kita menyatakannya. Adakah kita hanya tidak menyetujui sesuatu pandangan atau cuba menghina orang?

Namun ada waktunya kita perlu menentang ajaran palsu atau menjelaskan pendirian kita. Efesus 4:2-6 mengingatkan kita melakukannya dengan rendah hati, lemah lembut, sabar, dan kasih. Yang penting sekali, kita harus berusahalah “sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara” (ayat 3).

Sesetengah kontroversi tetap tidak diselesaikan. Bagaimanapun, firman Tuhan mengingatkan kita bahawa matlamat kita haruslah sentiasa membina iman orang lain, bukan untuk menjatuhkan mereka (ayat 29). Adakah kita merendah-rendahkan orang lain supaya kita menang dalam sesuatu hujah? Atau adakah kita mengizinkan Tuhan menolong kita memahami kebenaran-Nya menurut masa dan cara-Nya, dengan mengingati bahawa kesemua kita beriman dalam Tuhan yang sama? (ayat 4-6).