Setiap duit syiling mempunyai dua sisi. Bahagian depan disebut “kepala” kerana pada zaman Rom dahulu, ia menggambarkan pemimpin negara. Di bahagian belakang pula disebut “ekor,” istilah yang mungkin berasal daripada duit syiling sepuluh peni British yang menggambarkan lambang singa dengan ekornya yang menegak.
Seperti sekeping duit syiling, doa Kristus di taman Getsemani mempunyai dua sisi. Pada waktu kesusahan dalam hidup-Nya, iaitu pada malam sebelum Dia mati pada kayu salib, Yesus berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah” (Lukas 22:42). Apabila Kristus berkata, “jauhkanlah cawan penderitaan ini,” itulah doa-Nya yang jujur. Yesus mengungkapkan keinginan peribadi-Nya, “Inilah yang Aku kehendaki.”
Kemudian Yesus menterbalikkan duit syiling kepada sisi yang lain dan berdoa “janganlah turut kehendak-Ku.” Ini menunjukkan penyerahan-Nya. Menyerahkan diri kita kepada Tuhan bermula apabila kita hanya berkata, “Apakah yang Engkau kehendaki, ya Tuhan?”
Doa dua sisi ini juga dinyatakan dalam Matius 26 dan Markus 14, serta disebut dalam Yohanes 18. Doa Yesus merangkumi dua sisi tersebut: jauhkanlah cawan penderitaan ini (apa yang Aku kehendaki, ya Tuhan), namun janganlah turut kehendak-Ku (apakah yang Tuhan kehendaki?).
Dua sisi Yesus. Dua sisi doa.