Peminat tayangan filem boleh mendengar suara merdu Emily Blunt yang memegang watak utama dalam filem Mary Poppins Returns. Apa yang sangat dikagumi adalah 4 tahun selepas mereka berkahwin, barulah suaminya menemukan bakat nyanyiannya. Dalam satu temu bual, suaminya mendedahkan rasa kejutnya pada kali pertama dia mendengar isterinya menyanyi, sambil berfikir, “Bilakah kamu hendak memberitahu saya tentang bakat ini?”

Dalam sesebuah hubungan, kita sering belajar butiran-butiran baru yang tidak dijangka dan mengejutkan. Dalam kitab Markus, pengikut Kristus juga pada permulaannya tidak mempunyai gambaran yang lengkap tentang Yesus dan bergelut untuk memahami siapa Dia. Namun, dalam kejadian di Tasik Galilea, Yesus mendedahkan lebih banyak tentang Diri-Nya—kali ini melalui kuasa-Nya yang menguasai alam semesta.

Selepas memberi makan kepada lebih daripada 5,000 orang, Yesus membawa para pengikut-Nya ke Tasik Galilea, tempat yang mereka dilanda ribut kencang. Sejurus sebelum subuh, para pengikut berasa sangat takut apabila melihat seseorang berjalan di atas air. Itulah saatnya suara Kristus yang menyatakan kata-kata penghiburan, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!” (Markus 6:50). Kemudian Dia menenangkan tasik yang bergelora itu. Apabila mereka melihat kuasa besar itu, para pengikut “sangat hairan” (6:51) walaupun mereka masih bergelut untuk memahami sepenuhnya tentang pengalaman akan kuasa Kristus ini.

Semasa kita mengalami Yesus dan kuasa-Nya atas badai kehidupan kita, kita mendapat satu gambaran yang lebih lengkap mengenai Dia. Ini sungguh mengagumkan!