Ketika penerbangan saya bergerak pada kelajuan yang stabil, anak kapal menutup tirai yang memisahkan kabin kelas pertama, dan saya teringat akan perbezaan ketara antara beberapa kabin dalam kapal terbang. Sesetengah pelancong masuk terlebih dahulu sambil menikmati tempat duduk premium dengan ruang kaki tambahan dan perkhidmatan peribadi. Tirai itu adalah peringatan bahawa saya tidak dapat menikmati faedah tersebut.

Orang dari segala lapisan masyarakat diperlakukan secara berbeza sepanjang sejarah, termasuklah penyembahan di Rumah Tuhan Yerusalem, walaupun ia bukan ditentukan oleh kekayaan seseorang. Orang bukan Yahudi hanya dibenarkan menyembah Tuhan di halaman luar Rumah Tuhan. Diikuti dengan ruang khas untuk wanita dan ruang khas untuk lelaki. Akhirnya ialah Bilik Maha Suci, iaitu tempat yang Tuhan menyatakan Diri-Nya dengan unik. Ia ditutup dengan tirai dan hanya Imam Agung boleh memasukinya pada setiap tahun (Ibrani 9:1–10).

Akan tetapi pemisahan ini tidak wujud lagi. Yesus telah meniadakan segalanya yang mungkin menghalang sesiapa untuk mencari Tuhan—bahkan dosa kita (10:17). Seperti tirai di dalam Rumah Tuhan telah koyak kepada dua bahagian pada saat kematian Kristus (Matius 27:50–51). Tubuh yang disalibkan telah meruntuhkan segala halangan untuk memasuki hadirat Tuhan. Tiada lagi halangan yang memisahkan orang percaya daripada mengalami kemuliaan dan kasih Tuhan yang hidup.