Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kata-kata galakan daripada penjaga dapat membantu pesakit itu sembuh dengan lebih cepat. Satu eksperimen telah dijalankan ke atas sukarelawan yang mengenakan alergen kulit yang menjadikan mereka gatal, lalu membandingkan reaksi mereka yang menerima galakan daripada doktor dan mereka yang tidak. Pesakit yang mendapat galakan daripada doktor kurang berasa sakit & kegatalan berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak dapat mendapat galakan.

Penulis Amsal tahu betapa pentingnya kata-kata galakan. “Kata-kata yang lembut” akan “menyihatkan badan” (Amsal 16:24). Kesan kata-kata positif tidak terhad kepada kesihatan kita sahaja: apabila kita mengikut ajaran, kita juga lebih cenderung untuk berjaya (ayat 20). Begitu juga kata-kata galakan membantu kita menghadapi cabaran sekarang dan pada masa akan datang.

Kita mungkin belum memahami sepenuhnya kenapa atau berapa banyak hikmat dan dorongan boleh membawa kekuatan dan penyembuhan kepada kehidupan seharian kita. Namun, galakan dan bimbingan ibu bapa, jurulatih dan rakan sekerja kita seolah-olah membantu kita menghadapi kesukaran dan membimbing kita ke arah kejayaan. Demikian juga, Alkitab memberi kita galakan dan mempersiapkan kita untuk menghadapinya walau apa pun keadaan yang paling tidak dapat dibayangkan. Tolong kami, ya Tuhan supaya diperkuat oleh hikmat-Mu supaya kami dapat menawarkan penyembuhan serta harapan “kata-kata yang lembut” kepada orang yang telah Engkau letak dalam kehidupan kami.