Seseorang telah menemukan sebuah coretan doa yang sudah comot di kem tahanan Ravensbruck, tempat pembunuhan lebih daripada 50,000 orang wanita semasa rejim Nazi. Doa itu berbunyi demikian: Ya Tuhan, jangan cuma mengingati lelaki dan wanita yang baik, tetapi ingati juga yang jahat. Namun janganlah ingati penganiayaan mereka terhadap kami. Ingatlah hasil kami yang lahir daripada penderitaan ini—kesatuan, kesetiaan, kerendahan hati, keberanian, kemurahan hati, serta kebesaran hati. Apabila mereka menghadapi penghakiman, benarkanlah segala hasil yang telah kami lahirkan membawa pengampunan kepada mereka.
Saya tidak dapat membayangkan ketakutan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh wanita yang telah menuliskan doa ini. Saya tidak dapat membayangkan rahmat yang tidak terkatakan, sehingga membolehkan dia mencurahkan doa sedemikian. Dia telah melakukan sesuatu yang mustahil: dia memohon pengampunan untuk orang yang telah menindasnya.
Doa ini menyuarakan doa Kristus. Setelah dijatuhkan tuduhan palsu, dihina, dipukul dan dimalukan di khalayak ramai, Yesus telah disalibkan bersama-sama dua orang penjahat (Lukas 23:33). Ketika tergantung pada kayu salib yang kasar, dengan tubuh yang hancur dan sesak nafas, saya menjangka Yesus akan menjatuhkan penghakiman ke atas penganiaya-Nya, untuk mendapatkan pembalasan atau penghakiman Tuhan. Namun Yesus telah menyuarakan doa yang bertentangan dengan sifat setiap manusia: “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” (ayat 34).
Pengampunan Yesus kelihatan mustahil, tetapi Dia menawarkannya kepada kita. Dalam rahmat Tuhan, pengampunan yang ajaib ini mengalir dan melimpah.
ILHAM
Dalam Mazmur 22:18–19, penyaliban di nubuat kira-kira 600 tahun sebelum ia dicipta: "Semua tulangku kelihatan. Musuh memandang aku sebagai tontonan; mereka membahagi-bahagikan pakaianku dan membuang undi untuk jubahku."Pada abad pertama, pakaian umum bagi lelaki Yahudi termasuklah lima helai pakaian—kasut, serban, tali pinggang, cawat, dan jubah. Askar-askar itu mengambil pakaian-Nya selepas menyalibkan-Nya lalu membahaginya sebagai ganjaran kerana melaksanakan tugas itu. Kemudian mereka membuang undi untuk jubah itu (Yohanes 19:23–24).