Saya dan bapa saya biasa menebang pokok dan memotongnya untuk menjadi lebih kecil dengan menggunakan gergaji potong lintang untuk dua orang. Pada masa itu, saya masih muda dan bertenaga, maka saya cuba menggunakan gergaji dan memotong dengan paksa. “Relaks”, kata bapa saya. “Biar gergaji yang memotong dengan sendirinya”.

Saya teringat pesanan Paulus dalam Filipi : “kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu” (2:13). Relaks. Izinkan Tuhan bekerja untuk mengubah kita.

C.S. Lewis menyatakan bahawa pertumbuhan rohani bukan sekadar membaca firman Tuhan dan melakukannya. Dia menjelaskan, “Kristus … sedang melakukan sesuatu terhadap anda … mengubah anda secara perlahan-lahan supaya menyerupai Kristus, manusia yang berkongsi kuasa, sukacita, pengetahuan dan keabadian dengan Dia.”

Tuhan masih melakukan proses itu pada hari ini. Duduk di kaki Yesus dan dengarkan firman-Nya. Berdoa. “Hendaklah kamu hidup di bawah naungan kasih Allah” (Yudas 1:21), ingatkan diri sendiri sepanjang masa bahawa anda ialah kepunyaan Tuhan. Yakin akan pekerjaan Tuhan yang sedang mengubah anda sedikit demi sedikit.

“Tetapi bukankah kita sepatutnya dahagakan kebenaran?” Anda mungkin bertanya. Bayangkan seorang anak kecil yang cuba mengambil sesuatu dari rak yang tinggi, matanya bersinar dengan keinginan. Si bapa yang menyedari keinginan itu, menggapai hadiah tersebut untuk anaknya.

Kita bersukacita atas pekerjaan Tuhan. Relaks, kita juga akan siap diubah pada suatu hari nanti.