“Adakah orang masih mendoakan saya?”

Inilah salah satu soalan yang akan ditanyakan oleh seorang misionari apabila isterinya dibenarkan melawatnya di penjara. Dia disalah tuduh dan dipenjarakan selama 2 tahun kerana imannya. Dia sentiasa dalam bahaya kerana keadaan dan keganasan yang berlaku di penjara. Orang percaya di seluruh dunia bersungguh-sungguh mendoakannya. Dia perlu diyakinkan bahawa mereka tetap mendoakannya kerana dia percaya Tuhan memakai doa mereka dengan luar biasa.

Doa kita untuk orang lain terutama mereka yang dianiayai kerana iman adalah kurnia penting. Paulus menjelaskan hal ini semasa menulis kepada orang percaya di Korintus tentang kesusahan yang dihadapinya dalam pelayanan. “Penderitaan yang [ditanggungnya] itu sedemikian berat sehingga [dia] kehilangan harapan untuk hidup” (2 Korintus 1:8). Tetapi kemudian dia memberitahu mereka bahawa Tuhan telah menyelamatkan dia dan menjelaskan cara yang dilakukan Tuhan, “Kepada Dialah kami berharap, kerana Dia akan menyelamatkan kami lagi. Dengan bantuan doa kamu” (ayat 10-11).

Tuhan bekerja melalui doa kita untuk mencapai sesuatu yang sungguh baik dalam kehidupan umat-Nya. Salah satu cara terbaik untuk mengasihi orang lain adalah mendoakan mereka, kerana doa membuka pintu kepada pertolongan yang hanya boleh diberikan Tuhan. Ketika kita mendoakan orang lain, kita mengasihi mereka dalam kekuatan-Nya. Tiada yang dapat membandingi kasih dan kuasa Tuhan.