Ayat pada kad yang diterima oleh Lisa nampaknya tidak sepadan dengan keadaannya: TUHAN mengabulkan doanya. Hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa” (2 Raja-Raja 6:17). Aku menghidap kanser! Dia berfikir dalam kekeliruan. Aku baru sahaja kehilangan bayi! Ayat tentang tentera malaikat tidak berkaitan dengan situasi aku.

Kemudian “malaikat” mula muncul. Bekas pesakit kanser menemaninya dan mendengar kata-katanya. Suaminya pula dibenarkan balik lebih awal daripada tugasan tentera di luar negara. Rakan-rakan juga berdoa dengannya. Tetapi waktu yang dia paling merasakan kasih Tuhan adalah apabila rakannya Patty berjalan masuk dengan dua kotak tisu. Selepas meletakkannya di atas meja, dia mula menangis. Patty tahu. Dia juga pernah mengalami keguguran anak.

“Itu lebih bermakna daripada segalanya,” kata Lisa. “Ayat Alkitab dalam kad itu masuk akal sekarang. ‘Tentera malaikat’ aku selalu berada di sisiku sepanjang masa.”

Ketika tentera musuh mengepung Israel, sejumlah malaikat sedang melindungi Elisa. Tetapi hamba Elisa tidak dapat melihatnya. “Apakah yang harus kita lakukan?” Dia berseru kepada nabi (ayat 15). Elisa hanya berdoa, “Celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat” (ayat 17).

Apabila kita memandang Tuhan, krisis kita akan mendedahkan apa yang benar-benar penting dan kita tidak bersendirian. Kita tahu bahawa hadirat Tuhan yang membawa penghiburan tidak pernah meninggalkan kita. Dia menunjukkan kasih-Nya dengan cara yang mengagumkan.