Ketika Jen yang bekerja di taman tema melihat Ralph menangis dan terbaring di atas lantai taman hiburan, dia terus bergegas untuk memberikan pertolongan. Ralph yang menderita autisme menangis teresak-esak kerana dia tidak dapat menaiki kereta mainan yang dinanti-nantikannya sepanjang hari telah rosak. Jen tidak terburu-buru untuk meminta Ralph berdiri atau cuba menenangkan perasaannya, sebaliknya dia turut berbaring dengan Ralph di atas lantai, mengiakan perasaannya dan memberinya masa untuk menangis.

Tindakan Jen adalah salah satu contoh yang indah tentang bagaimana kita boleh menemani orang yang berdukacita dan menderita. Alkitab mengatakan dukacita Ayub yang melumpuhkan selepas dia kehilangan rumah, ternakan (pendapatannya), kesihatan, dan kematian sepuluh anak pada masa yang sama. Ketika sahabat-sahabat Ayub mengetahui keperitannya, mereka “memutuskan untuk berkumpul dan pergi menghiburkan Ayub” (Ayub 2:11). Ayub duduk di atas tanah sambil meratap. Apabila mereka tiba, sahabat-sahabatnya itu duduk bersama-samanya—selama 7 hari—tanpa mengeluarkan sepatah kata pun kerana mereka tahu betapa beratnya penderitaan Ayub.

Dalam sifat kemanusiaan, sahabat-sahabat Ayub itu kemudian memberikan nasihat yang tidak sensitif. Tetapi untuk 7 hari pertama, kehadiran mereka bersama dengan Ayub yang tanpa kata-kata adalah lembut. Kita mungkin tidak memahami penderitaan seseorang, tetapi kita tidak perlu memahaminya supaya dapat mengasihi mereka. Kadangkala kita mungkin hanya perlu menemani mereka.