Dnyan menganggap dirinya seorang pelajar dunia ini. “Ini adalah sebuah sekolah yang sangat besar,” katanya berkenaan dengan semua bandar dan kota yang pernah dikunjunginya. Dia memulakan pengembaraan dengan mengayuh basikal selama 4 tahun pada tahun 2016 untuk bertemu dan belajar daripada orang lain. Ketika wujudnya kekangan bahasa, dia menyedari bahawa kadangkala orang boleh saling memahami dengan hanya melihat satu sama lain. Dia juga bergantung kepada aplikasi penterjemahan dalam telefonnya untuk berkomunikasi. Pengembaraannya bukan berdasarkan jarak perjalanan atau berapa pemandangan yang telah dilihatnya. Sebaliknya, dia lebih menghayati orang yang telah meninggalkan jejak dalam hatinya: “Mungkin saya tidak tahu bahasa anda, tetapi saya ingin mengenal kamu.”

Dunia ini amat besar, tetapi Tuhan mengetahui semua tentangnya dan semua orang di dalamnya—sepenuhnya dan sempurna. Pemazmur Daud mengagumi Tuhan apabila dia merenungkan kesemua pekerjaan tangan-Nya: penciptaan syurga, bulan, dan juga bintang (Mazmur 8:4). Dia tertanya-tanya, “apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan belaka, namun Engkau peliharakan mereka” (ayat 5).

Tuhan mengenal anda lebih dalam daripada sesiapa pun dan Dia mempedulikan anda. Kita hanya dapat berkata, “Ya TUHAN, Tuhan kami, keagungan-Mu terlihat di seluruh bumi” (ayat 2, 10).