Kesan Riak
Sekolah Alkitab di bahagian utara Ghana yang merupakan sebuah bangunan bongkah berbumbung timah dengan sedikit pelajar bukanlah sekolah yang kelihatan hebat. Tetapi Bob Hayes mendedikasikan diri sepenuhnya kepada para pelajar di situ. Dia mengajar mereka tentang kepimpinan serta mendorong mereka berkhutbah dan mengajar walaupun ada kalanya mereka enggan melakukannya. Bob meninggal beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi terdapat puluhan gereja, sekolah dan 2 institusi Alkitab lagi telah muncul di Ghana, dan semuanya dimulakan oleh para graduan dari sekolah Alkitab tersebut.
Aku Berserah
Dua orang lelaki dikenang kerana beban dan komitmen mereka dalam pelayanan. Mereka rela meninggalkan kerjaya mereka dalam bidang seni dan mendedikasikan diri dalam panggilan Tuhan. James O. Fraser (1886–1938) memutuskan untuk tidak menjadi pemain piano konsert di England kerana ingin melayani bangsa Lisu di China, manakala Judson Van DeVenter dari Amerika (1855-1939), memilih untuk menjadi penginjil dan tidak meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Dia kemudian menggubah lagu “I Surrender All” (“Aku Berserah”).
Jiwa yang Terdalam
Victor Hugo (1802-1885) ialah seorang penyair dan novelis semasa berlakunya pergolakan sosial dan politik di Perancis pada abad ke-19. Dia mungkin paling terkenal dengan karya klasiknya Les Miserables. Lebih daripada 1 abad kemudian, sebuah muzikal yang diadaptasi daripada novelnya telah menjadi salah satu karya yang paling popular bagi generasi kita. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sebagaimana dikatakan Hugo, “Muzik menyuarakan apa yang tidak boleh kita katakan dan yang tidak mungkin dibungkam.”
Berlari untuk Memberitahu
Maraton zaman moden adalah berdasarkan kisah seorang utusan Yunani yang bernama Pheidippides. Menurut legenda, pada tahun 490 SM, dia berlari sejauh kira-kira 40 kilometer dari Marathon ke Athens untuk mengumumkan kemenangan bangsa Yunani ke atas pencerobohan tentera Persia yang hebat. Pada hari ini, orang menyertai perlumbaan maraton untuk kepuasan peribadi dan pencapaian olahraga, tetapi Pheidippides mempunyai tujuan yang lebih besar di sebalik usahanya: setiap langkah lariannya adalah untuk menyampaikan berita baik kepada orang sebangsanya dengan penuh kegembiraan!