“Tuhan adalah kubu pertahananku yang tinggi … Kami meninggalkan kem itu sambil menyanyi.” Pada 7 September 1943, Etty Hillesum menuliskan kata-kata itu pada kad pos dan membuangnya dari kereta api. Itulah kata-kata terakhirnya yang kami dengar. Pada 30 November 1943, dia dibunuh di kem tahanan Auschwitz. Kemudian, diari Hillesum tentang pengalamannya di kem tahanan tersebut diterjemahkan dan diterbitkan. Mereka mencatat sudut pandangannya mengenai kengerian pendudukan Nazi dan keindahan dunia Tuhan. Diarinya telah diterjemahkan ke dalam 67 bahasa—hadiah untuk semua orang yang akan membaca dan percaya pada kebaikan dan keburukan.
Rasul Yohanes tidak mengesampingkan kepayahan hidup Yesus di bumi; dia menulis tentang kebaikan yang dilakukan Yesus dan cabaran yang dihadapi-Nya. Kata-kata terakhir dalam kitab Yohanes memberikan ilham tentang tujuan kitab ini dinamakan sempena namanya. Yesus melakukan “banyak lagi mukjizat lain … tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini” (20:30). “Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya” (ayat 31). “Diari” Yohanes berakhir dengan catatan tentang kemenangan: “Yesus Anak Allah, Penyelamat.” Kurnia kata-kata Injil itu memberikan kita kesempatan untuk percaya dan “beroleh hidup sejati.”
Kitab-kitab Injil ialah catatan harian tentang kasih Tuhan kepada kita. Catatan itu adalah untuk dibaca, dipercayai serta dikongsikan, kerana semua itu memberi kita hidup. Kitab-kitab Injil memimpin kita kepada Kristus.
ILHAM
Tomas telah disebut di kalangan para pengikut Yesus dalam kitab Matius, Markus, dan Lukas, tetapi kitab Yohanes memberi kita pandangan yang jelas mengenai dia. Kitab Yohanes mengenai Yesus meliputi enam babak yang Tomas muncul (semua dalam fasal 11-20), dan dia bercakap pada pertama kali dalam 11:16 setelah kematian Lazarus. Ungkapan Yesus yang terkenal dalam Yohanes 14:6—“Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku”—adalah jawapan kepada pertanyaan Tomas, “Tuhan, kami tidak tahu ke mana Tuhan pergi, bagaimanakah kami dapat mengetahui jalan itu?” (ayat 5).Dalam Yohanes, kita melihat Tomas sebagai seorang pesimis dan realis—bersifat ingin tahu, kemanusiaan, jujur. Dia biasanya dirujuk sebagai “Tomas yang meragu” kerana perkataannya dalam Yohanes 20:25 dan jawapan Yesus kepadanya dalam ayat 27. Tetapi ayat-ayatnya yang terakhir mendedahkan bahawa dia telah yakin tentang siapanya Yesus: “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” (ayat 28).