“Lihat tarian puteri pari-pari saya, nenek!” Cucu perempuan saya yang berusia 3 tahun memanggil saya dengan gembira sementara dia berlari di halaman pondok kami, wajahnya tersengih lebar. “Tariannya” membawa senyuman. Namun abangnya dengan sayu berkata, “Dia bukan menari, dia hanya berlari,” tetapi itu tidak merosakkan kegembiraan adiknya ketika percutian dengan keluarga.
Ahad Paska pertama adalah hari yang gembira bercampur sedih. Ketika Yesus menunggang keldai dan memasuki Yerusalem, orang ramai berseru-seru dengan bersemangat, “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Pujilah Allah!” (Matius 21:9). Namun kebanyakan mereka mengharapkan seorang Mesias yang boleh membebaskan mereka daripada pemerintah Roma, bukan seorang Penyelamat yang akan mati kerana dosa mereka pada minggu itu.
Kemudian pada hari itu, walaupun dengan marah para ketua imam mempersoalkan kewibawaan Yesus, kanak-kanak yang berada di Rumah Tuhan menyatakan kegembiraan mereka dengan berseru-seru, “Pujilah Anak Daud!” (ayat 15), mungkin mereka melompat-lompat dan melambaikan dahan pokok palma sambil berlari di sekitar halaman itu. Mereka menyembah-Nya dengan sepenuh hati, Yesus memberitahu para ketua imam yang marah itu, Tuhan “telah mengajar anak-anak dan bayi mengucapkan pujian yang sempurna” (ayat 16). Apatah lagi, mereka kini berada di hadapan Penyelamat!
Yesus mengajak kita untuk melihat siapa Dia. Apabila kita berbuat demikian, kita mesti bersorak-sorai seperti seorang kanak-kanak yang penuh sukacita di hadapan-Nya.
ILHAM
Injil Matius bermula, “Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud” (Matius 1:1). Inilah harapan orang ramai yang mengalu-alukan Yesus ke dalam Yerusalem tidak berapa lama setelah Dia membangkitkan Lazarus daripada kematian (Yohanes 12:9-15). Tetapi kitab Matius seterusnya mengisahkan sesuatu peristiwa yang janggal. Dia menghuraikan bahawa Yesus melawat Rumah Tuhan dan mengusir orang yang berjual beli dengan marah (Matius 21:12-13), ini mengulang kata-kta nabi yang menyebut tentang Rumah Tuhan yang menjadi tempat persembunyian perompak (Yesaya 56:7; Yeremia 7:11).Keadaan yang tegang adalah lazim semasa Yesus masuk ke halaman Rumah Tuhan untuk menyembuhkan mereka yang tidak boleh melihat atau berjalan. Oleh sebab ketakutan kepada pemimpin-pemimpin beragama, orang dewasa di kalangan khalayak ramai mungkin menyedari bahawa ia bukannya masa atau tempat untuk mengisytiharkan Dia raja. Hanya kanak-kanak yang polos memuji mukjizat-mukjizat Yesus (Matius 21:15)—bertentangan dengan guru-guru Taurat yang secara rahsia merancang untuk membunuh Anak Daud.