Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2017, kemenangan Pahlawan Soca, iaitu pasukan kebangsaan dari Trinidad dan Tobago ke atas pasukan Amerika Syarikat telah mengejutkan dunia. Pahlawan Soca telah menewaskan pasukan kebangsaan lelaki Amerika Syarikat, yang menduduki 56 tahap lebih tinggi daripada mereka. Keputusan 2-1 itu telah menyingkirkan pasukan Amerika Syarikat daripada Piala Dunia 2018.

Kemenangan Trinidad dan Tobago sangat di luar jangkaan kerana jumlah penduduk dan sumber hasil Amerika Syarikat jauh lebih besar berbanding dengan negara-negara Caribbean yang kecil. Tetapi segala kelebihan Amerika Syarikat tidak cukup untuk mengalahkan Pahlawan Soca yang bersemangat tinggi.

Kisah Gideon dan orang Midian menunjukkan kekalahan yang serupa, perlawanan antara kumpulan pejuang yang kecil dan angkatan tentera yang besar. Tentera Israel sebenarnya mempunyai lebih daripada 30,000 orang. Tetapi Tuhan mengurangkan jumlah pasukan itu kepada hanya 300 orang supaya bangsa itu akan mengetahui bahawa kejayaan mereka bergantung kepada Tuhan dan bukan kepada jumlah tentera, dana atau kemahiran pemimpin mereka (Hakim-Hakim 7:1–8).

Kita mungkin tergoda untuk meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada perkara yang dapat kita lihat atau ukur, tetapi itu bukan cara iman. Ia nampaknya sangat sukar, tetapi apabila kita rela bergantung kepada Tuhan untuk “binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan” (Efesus 6:10), maka kita dapat menghadapi situasi dengan berani dan yakin, bahkan ketika kita dalam keadaan bingung dan berasa tidak layak. Hadirat dan kekuatan-Nya dapat melakukan hal-hal yang luar biasa dalam diri kita dan melalui kita.