Rahsia Kepuasan
Joni Eareckson Tada menjadi lumpuh dari bahu ke bawah akibat kemalangan semasa berenang. Ketika dia pulang ke rumah setelah menerima rawatan, hidupnya menjadi sangat berbeza. Kini pintu terlalu sempit bagi kerusi rodanya dan singki terlalu tinggi baginya. Seseorang harus memberinya makan sehingga dia memutuskan untuk belajar semula cara menyuap makanan sendiri. Semasa mengangkat sudu khas ke mulutnya dengan menggunakan penyangga lengan buat kali pertama, dia berasa dirinya terhina kerana sos epal tertumpah ke atas pakaiannya. Tetapi dia terus berusaha. Dia berkata, “Rahsia saya adalah belajar untuk bersandar kepada Yesus dan berkata, ‘Ya Tuhan, tolonglah aku!’ ” Hari ini, dia dapat menggunakan sudu dengan baik.
Hasrat Hidup Anda
Pada suatu petang beberapa tahun yang lalu, saya dan isteri berjalan menyusuri denai gunung dengan ditemani oleh 2 orang rakan. Laluan itu sempit dan di sekeliling gunung adalah lereng curam, manakala di seberangnya adalah tebing yang tidak dapat dilalui.
Perlindungan Tuhan
Jarum, susu, cendawan, lif, kelahiran bayi, lebah dan lebah dalam mesin pengisar, ini hanyalah sebahagian fobia yang dialami oleh Adrian Monk, seorang detektif dan watak utama dalam rancangan TV Monk. Tetapi ketika dia dan saingan lamanya Harold Krenshaw, dikunci di dalam but kereta, sesuatu yang luar biasa telah berlaku. Monk mampu terbebas daripada salah satu ketakutannya, iaitu klaustrofobia (ketakutan terhadap tempat-tempat sempit).
Teladan-teladan Kebaikan
Martha berkhidmat sebagai pembantu guru di sebuah sekolah rendah untuk lebih daripada 30 tahun. Setiap tahun, dia menyimpan wang untuk membeli kot, selendang dan sarung tangan baru untuk pelajar yang memerlukan. Selepas Martha meninggal dunia akibat leukemia, kami mengadakan upacara memorial untuknya. Orang ramai tidak membawa bunga, sebaliknya mereka menyumbangkan ratusan kot musim sejuk yang baru kepada para pelajar yang disayangi dan dilayaninya selama beberapa dekad. Ramai hadirin berkongsi bagaimana Martha telah mendorong orang lain dengan kata-kata dan perbuatannya yang baik. Rakan-rakan sekerjanya memperingati Martha dengan mengadakan kempen derma kot tahunan selama 3 tahun selepas pemergiannya. Kebaikan Martha masih memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melayani mereka yang memerlukan.