Month: Jun 2021

Cara Iman

Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2017, kemenangan Pahlawan Soca, iaitu pasukan kebangsaan dari Trinidad dan Tobago ke atas pasukan Amerika Syarikat telah mengejutkan dunia. Pahlawan Soca telah menewaskan pasukan kebangsaan lelaki Amerika Syarikat, yang menduduki 56 tahap lebih tinggi daripada mereka. Keputusan 2-1 itu telah menyingkirkan pasukan Amerika Syarikat daripada Piala Dunia 2018. 

Kerusi Yesus

Ketika rakan saya Marge bertemu dengan Tami dalam satu kelas pembelajaran Alkitab, dia mendapati bahawa mereka tidak mempunyai banyak persamaan. Tetapi Marge berkawan dengan dia dan mendapat satu pelajaran yang berharga daripada rakan barunya itu.

Penjagaan Bapa Kita

Bunyi kibasan asyik kedengaran. Saya mendongak dan mencari bunyi itu. Apabila ternampak kotoran di tingkap, saya menjenguk ke luar dan mendapati seekor burung yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Hati saya sakit. Saya ingin sekali menolong makhluk berbulu yang rapuh itu.

Tokoh Bapa

Tokoh Bapa

 

Pengalaman peribadi dengan Bapa Syurgawi amat penting bagi setiap ibu bapa. Bagaimanakah ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka berdasarkan kebapaan Tuhan?

 

Dalam satu sesi kaunseling, seorang lelaki memberitahu saya bahawa dia sukar untuk menganggap Tuhan sebagai Bapa setelah menjadi orang Kristian kerana hubungannya yang tidak baik dengan bapa kandungnya.Dia tiada masalah untuk menerima Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat.…

Kuasa Tuhan 

Doktor memberitahu Rebecca dan Russell bahawa mereka tidak akan beranak. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan lain. 10 tahun kemudian, Rebecca mengandung. Pada saat berlakunya kontraksi, pasangan itu bergegas ke hospital. Masa persalinan bertambah lama dan kesakitan semakin kuat, dan badan Rebecca menghadapi masalah untuk melahirkan anak secara normal. Akhirnya, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan. Dalam ketakutan, Rebecca menangis untuk bayi dan dirinya. Dengan tenang, doktor memberi keyakinan kepadanya dan berkata, “Saya akan melakukan yang terbaik, tetapi kita berdoa kepada Tuhan kerana Dia dapat melakukan yang lebih lagi.” Dia mengambil masa berdoa dengan Rebecca. 15 minit kemudian, Bruce, bayi lelaki yang sihat dilahirkan.