Pemerintahan Tuhan
Ibu saya komited dalam banyak hal sepanjang hayatnya. Salah satunya adalah melihat anak-anak kecil mengenal Yesus. Beberapa kali saya pernah menyaksikan ibu saya tidak bersetuju ketika seseorang cuba memotong bajet pelayanan kanak-kanak kerana menganggapnya kurang “penting”. “Saya hanya bercuti pada satu musim panas ketika mengandungkan adik lelaki kamu,” kata ibu kepada saya. Saya menyedari bahawa ibu saya telah terlibat dalam pelayanan kanak-kanak di gereja selama 55 tahun.
Dia Mengenal Namamu
Setelah meninggalkan gereja lama kami selama 3 tahun, saya dan suami kembali menghadiri persekutuan di situ. Tetapi saya tertanya-tanya, bagaimanakah mereka akan melayan kami? Adakah mereka akan menyambut kami kembali? Adakah mereka mengasihi kami? Adakah mereka akan memaafkan kami kerana meninggalkan gereja? Kami mendapat jawapannya pada suatu pagi Ahad yang cerah. Semasa melalui pintu utama gereja, kami terus mendengar nama kami dipanggil. “Pat! Dan! Bagusnya dapat jumpa kamu berdua!” Seperti yang telah ditulis oleh Kate DiCamillo, seorang pengarang buku kanak-kanak dalam salah satu buku popularnya, “Para pembaca, tiada yang lebih indah di dunia yang menyedihkan ini selain mendengar suara orang yang kamu kasihi memanggil nama kamu.”
Keajaiban yang Tidak Kelihatan
Pada usia tuanya, pemikiran Puan Goodrich menjadi tidak menentu, dan ingatannya terhadap masa lampau yang penuh cabaran dan rahmat dalam kehidupannya semakin pudar. Ketika dia duduk di tepi tingkap menghadap ke perairan Teluk Grand Traverse, Michigan, dia mengambil buku notanya. Tidak lama lagi dia tidak akan mengenal tulisan sendiri. Walau bagaimanapun dia masih menulis: “Kini aku duduk di kerusi kegemaranku dengan kaki di atas ambang tingkap, dan hatiku ria gembira. Ombak-ombak berkejaran di lautan di bawah sinaran matahari. Bapa yang di syurga, aku bersyukur atas kasih dan pemberian-Mu yang tidak terhitung! Semua ini sentiasa membuat aku kagum. Aku sangat mengasihi-Mu walaupun aku tidak melihat-Mu.”
Siapakah Anda?
Pemimpin persidangan video kami mengucapkan “Selamat pagi!” Saya membalas dengan ucapan “Helo”, tetapi saya tidak memandang dia. Saya terganggu oleh gambar saya sendiri di skrin. Adakah wajah saya kelihatan seperti ini? Saya melihat wajah orang lain yang sedang tersenyum dalam persidangan itu. Memanglah itu wajah mereka. Jadi ini semestinya saya. Saya nampaknya perlu menurunkan sedikit berat badan dan perlu bergunting rambut.
Ke Arah Kematangan Rohani
Baru-baru ini, satu tinjauan dilakukan untuk meminta responden mengenal pasti usia yang mencapai status dewasa. Mereka yang menganggap diri mereka sudah dewasa akan menunjukkan tingkah laku tertentu sebagai bukti. Ciri-ciri teratas dalam senarai untuk menunjukkan status “dewasa” adalah mempunyai bajet dan kemampuan untuk membeli rumah. Antara aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh orang dewasa adalah memasak untuk makan malam setiap hari dan mengatur temu janji untuk rawatan perubatan, serta perkara lucu seperti memilih makanan ringan untuk makan malam, atau lebih suka duduk di rumah pada malam Sabtu.