Mendengar dan Belajar
Di satu sisi jalan, seorang pemilik rumah mempamerkan belon angin besar yang berbentuk seekor helang botak di halaman belakang rumah, dan mengenakan bendera Amerika Syarikat (AS) pada badannya. Sebuah trak besar terletak di jalan masuk. Tingkap sisi itu terlukisnya sebuah bendera AS dan bampar belakang trak dipenuhi dengan pelekat patriotik. Tepat di seberang jalan di halaman belakang rumah jirannya pula, terdapat papan-papan tanda yang menonjolkan slogan mengenai isu-isu keadilan sosial semasa dalam berita.
Kerinduan terhadap Tuhan
Apabila Conner dan Sarah Smith berpindah ke rumah baru sejauh 8 kilometer, kucing mereka S’mores menunjukkan rasa tidak senang hati dengan melarikan diri. Suatu hari Sarah ternampak gambar rumah ladang lama mereka terpapar di media sosial. S’mores ada dalam gambar tersebut!
Pengorbanan Yesus
Walaupun Sam tidak melakukan sebarang kesalahan, dia kehilangan pekerjaannya di barisan pemasangan di sebuah kilang kereta. Kecuaian orang lain telah menimbulkan masalah pada kereta yang dibuat mereka. Setelah beberapa nahas disiarkan dalam berita, pelanggan yang waswas berhenti membeli kereta jenama mereka. Maka, syarikatnya terpaksa memberhentikan beberapa pekerja, termasuklah Sam. Dia menjadi korban akibat kesilapan orang lain, dan hal ini tidaklah adil. Sama sekali tidak adil.
Harapan dalam Kesedihan
Ketika pemandu teksi membawa kami ke Lapangan Terbang Heathrow di London, dia menceritakan kisahnya kepada kami. Dia datang sendirian ke United Kingdom pada usia 15 tahun kerana ingin melarikan diri daripada peperangan dan kemiskinan. Sekarang, selepas 11 tahun, dia mempunyai keluarga sendiri dan mampu mencari rezeki yang tidak tersedia di negara asalnya. Namun demikian, dia kesal kerana dia masih terpisah daripada ibu bapa dan adik-beradiknya. Dia memberitahu kami bahawa dia telah menempuh perjalanan hidup yang sukar. Hidupnya tidak akan sempurna kecuali dia bertemu semula dengan keluarganya.
Dusta Lawan Kebenaran
Saya meletakkan Alkitab saya di atas mimbar dan menatap wajah-wajah yang menanti-nantikan saya untuk berkhutbah. Saya telah berdoa dan membuat persediaan. Mengapakah saya tidak dapat membuka mulut?