“Pak Cik Arthur, kamu masih ingat tak hari pak cik bawa aku ke kedai gunting rambut dan pasar raya? Hari itu, aku pakai seluar khaki, kemeja biru, kardigan biru laut, serta stoking dan kasut berwarna perang. Tarikhnya adalah pada 20 Oktober 2016, hari Khamis.” Anak saudara saya, Jared yang menghidap autisme (kecacatan perkembangan kanak-kanak yang melibatkan fungsi otak), diimbangi oleh memorinya yang luar biasa serta dapat mengingat semula butiran-butiran seperti hari, tarikh serta pakaian yang dipakainya selepas beberapa tahun.
Jared memiliki memori yang mengingatkan saya tentang Tuhan. Dia Tuhan Yang Maha Tahu dan pengasih—berkuasa atas masa dan kekekalan. Tuhan mengetahui semua fakta dan tidak pernah melupakan janji-Nya atau umat-Nya. Pernahkah anda tertanya-tanya jika anda telah dilupakan oleh Tuhan apabila melihat keadaan orang lain lebih sihat, bahagia, berjaya atau lebih baik berbanding anda?
Orang Israel pada zaman kuno yang berada dalam situasi buruk berkata, “TUHAN telah meninggalkan kita! Dia telah melupakan kita” (Yesaya 49:14). Tetapi itu tidak benar. Kasih dan penjagaan Tuhan melebihi kasih semula jadi seorang ibu terhadap anak-anaknya (ayat 15). Sebelum kita memasang label seperti “ditinggalkan” atau “dilupakan”, fikirkan kembali apa yang telah dilakukan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus. Dalam Injil yang membawa pengampunan, Tuhan dengan jelas mengatakan, “Aku tidak akan melupakan kamu” (ayat 15).