Month: Oktober 2021

MENEBUS MUSIM

Leisa ingin mengubah tanggapan orang tentang musim luruh. Ini kerana kebanyakan hiasan musim luruh seakan-akan mengagung-agungkan kematian, bahkan ditunjukkan dengan cara yang seram dan mengerikan.

PANGGILAN BAHARU

Casey, seorang ketua geng remaja dan pengikutnya telah memecah masuk rumah dan kereta, merompak kedai runcit serta bertempur dengan geng lain. Akhirnya Casey ditahan dan dijatuhi hukuman. Di penjara, dia menjadi ketua yang mengagihkan pisau buatan sendiri semasa rusuhan.

TUHAN MENYANYI KERANA ANDA

Tujuh belas bulan selepas menyambut kelahiran anak pertama kami, iaitu seorang anak lelaki, anak perempuan kami dilahirkan. Saya sangat gembira kerana memiliki anak perempuan, tetapi juga sedikit gementar. Ini kerana walaupun saya tahu serba sedikit tentang anak lelaki, saya tiada pengalaman untuk menjaga anak perempuan. Kami menamai anak perempuan kami Sarah. Salah satu tugas saya adalah mengayunnya sehingga dia tertidur supaya isteri saya dapat berehat. Saya tidak pasti mengapa, tetapi sejak itu, saya mula menyanyi untuk menidurkannya, dan lagu pilihan saya ialah “You Are My Sunshine” (“Kaulah Sinaran Matahariku”). Sama ada mendukungnya atau berdiri sambil melihatnya dalam ayunan, saya menyanyi dengan gembira dan menghayati setiap detik itu. Sekarang anak perempuan saya berumur 20-an, dan saya masih memanggilnya Sunshine (sinaran matahari).

Perwatakan Kristus, Identiti Kita

Perwatakan Kristus, Identiti Kita

 

Di dunia hiburan, para pelakon memainkan watak yang bukan perwatakan mereka yang sebenar. Mereka berusaha sebaik mungkin menguasai watak yang diberikan kepada mereka agar lakonan mereka kelihatan asli sehingga para penonton lupa seketika bahawa itu adalah lakonan. Ada antara mereka mempunyai kemampuan untuk memainkan beberapa watak yang berbeza. Dengan kebolehan ini, mereka berjaya menghibur para peminat,…

Adakah Tuhan Mendengar?

Semasa saya melayani dalam pasukan penjagaan jemaah (care team) di gereja, salah satu tugas saya adalah mendoakan permohonan yang ditulis pada kad doa yang tersedia di tempat duduk semasa ibadat. Bahan-bahan doa ini termasuklah berdoa untuk kesihatan seorang ibu, masalah kewangan pasangan suami isteri, serta berdoa agar seorang cucu mengenal Tuhan. Jarang sekali saya mendengar hasil doa-doa ini. Kebanyakan kad permohonan doa tidak ditulis namanya, dan saya tidak tahu jawapan Tuhan ke atas doa-doa yang telah dipanjatkan. Saya mengakui bahawa ada masanya saya tertanya-tanya, Adakah Dia benar-benar mendengar? Adakah sesuatu telah berlaku hasil daripada doa-doa saya?