Saya merupakan anak sulung seorang mubaligh gereja Baptis Selatan. Setiap hari Ahad, saya dijangka mesti menghadiri kebaktian. Saya hanya tidak hadir jika saya sakit demam. Sebenarnya saya sangat suka pergi ke gereja walaupun ada beberapa kali saya demam. Tetapi keadaan ini telah berubah. Jumlah kehadiran di gereja tidak lagi seperti dahulu. Soalan yang kita perlu tanya ialah mengapa? Ada banyak jawapan yang berbeza. Kathleen Norris, seorang penulis menjawab soalan itu dengan memetik respons daripada seorang pastor, “Mengapakah kita pergi ke gereja?” Dia berkata, “Kita pergi ke gereja demi orang lain. Seseorang mungkin memerlukan anda hadir di situ.”

Sudah tentu ini bukan satu-satunya alasan kita pergi ke gereja, tetapi jawapannya itu memang sepadan dengan tujuan utama penulis terhadap orang Ibrani. Dia menggesa orang-orang percaya terus berpegang teguh pada iman mereka. Untuk mencapai tujuan itu, dia menegaskan agar “Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama” (Ibrani 10:25). Mengapa? Ini kerana kita akan terlepas sesuatu yang penting sekiranya kita tidak “menggalakkan satu sama lain” (ayat 25). Kita sangat memerlukan dorongan untuk “mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik” (ayat 24).

Saudara dan saudari, teruskan kebiasaan untuk berkumpul. In kerana seseorang mungkin memerlukan anda di situ dan anda juga mungkin memerlukan mereka.