Ketika Bryony berusia 30 tahun, dia berasa sedih kerana masih perlu bekerja sebagai jurujual, pekerjaan yang tidak disukainya. Dia memutuskan untuk berhenti menunda-nunda waktu dan mencari kerjaya baru. Bagi David, apabila dia memandang diri dalam cermin pada malam Tahun Baru, dia berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun ini. Bagi James pula, dia asyik naik radang pada bulan lepas. Dia berazam akan lebih berusaha untuk mengawal emosinya pada bulan depan.
Sekiranya anda pernah berazam untuk mengubah sesuatu pada awal bulan baru, tahun baru, atau pada hari jadi, anda tidak sendirian. Bahkan, para penyelidik menamakannya sebagai Fresh Start Effect (Kesan Permulaan Baru). Mereka menunjukkan bahawa pada hari-hari istimewa seperti ini, kita lebih cenderung menilai kehidupan kita dan cuba melupakan kegagalan pada masa lampau untuk bermula semula. Sementara kita mahu menjadi orang yang lebih baik, kita menginginkan permulaan yang baru.
Iman dalam Yesus lebih berkuasa daripada kerinduan ini kerana ia memberi kita visi tentang menjadi orang yang lebih baik (Kolose 3:12–14), dan memanggil kita membuang hidup yang lama (ayat 5-9). Iman yang membawa perubahan ini bukan berdasarkan keputusan dan azam semata-mata, melainkan kuasa Tuhan. Apabila kita percaya kepada Yesus, kita menjadi orang baru, dan Roh Tuhan bekerja dalam kita untuk menjadikan kita seperti Dia (ayat 10; Titus 3:5).
Sesungguhnya, menerima keselamatan dalam Yesus adalah satu permulaan baru yang terbaik. Anda tidak perlu menunggu satu tarikh yang khas. Kehidupan baru anda boleh bermula dari sekarang.
ILHAM
Dalam Kolose 2, Paulus telah mengumumkan bahawa kita sudah “mati bersama-sama Kristus, dan sudah dibebaskan daripada roh-roh yang menguasai alam semesta [atau prinsip asas]” (ayat 20). Seterusnya dia bertanya kepada pengikut-pengikut Yesus, “Mengapakah kamu hidup seperti orang yang masih dikuasai dunia ini?” (ayat 20). Dia memperhatikan bahawa mereka telah jatuh ke agama yang legalistik. Paulus berkata, “Memang peraturan-peraturan itu kelihatannya bijaksana, dengan desakan supaya orang menyembah … Tetapi semua peraturan itu tidak berguna untuk mengendalikan nafsu manusia” (ayat 23).Dalam fasal 3, Paulus mengalihkan perhatian kita kepada Kristus : “kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah” (ayat 1). Kita telah “matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri,” iaitu kecenderungan kita untuk berdosa (ayat 5, 8–9). Ini mungkin termasuklah perkara-perkara yang dianggap oleh dunia sebagai “agama.” Sebaliknya, kita patut dibimbing oleh Roh Kudus—satu-satunya cara sahaja untuk mengubah kelakuan kita.