“Setiap kali datuk membawa aku ke pantai, dia selalu menanggalkan jam tangan dan menyimpannya. Suatu hari, aku bertanya, “Kenapa atuk buat begitu?” kenang Sandra.

“Dia tersenyum dan menjawab, ’Kerana atuk mahu kamu tahu betapa pentingnya saat atuk bersama kamu. Atuk mahu biarkan saja masa berlalu.’ ”

Saya mendengar Sandra berkongsi kenangan itu pada masa pengebumian datuknya. Ia merupakan salah satu kenangan kegemarannya dalam hidup mereka. Saya merenungkan betapa berharganya hal itu ketika orang lain meluangkan masa untuk kita, ini mengingatkan saya tentang kasih Tuhan dalam Alkitab.

Tuhan sentiasa meluangkan masa untuk kita. Daud berdoa dalam Mazmur 145, “Engkau memberikan segala keperluan kepada makhluk ciptaan-Mu sehingga tidak berkekurangan. TUHAN adil dalam segala tindakan-Nya, dan berbelas kasihan dalam semua perbuatan-Nya. Dia dekat …” (ayat 16–18).

Kebaikan dan perhatian Tuhan yang teliti menjaga hidup kita setiap saat, memberi kita udara untuk bernafas dan makanan untuk dinikmati. Ini kerana Pencipta kita kaya dengan kasih, segala penciptaan juga dilakukan dengan penuh kasih, bahkan perincian yang paling rumit pun dalam keberadaan kita.

Kasih Tuhan begitu dalam dan tidak berkesudahan, sehingga kebaikan dan belas kasihan-Nya membuka jalan menuju kehidupan abadi dan sukacita dalam hadirat-Nya. Tuhan seolah-olah berkata, “Aku sangat mengasihimu. Aku hanya ingin bersama denganmu selamanya, dan biarkan saja masa berlalu.”