Pelaburan yang Tidak Masuk Akal
Pada tahun 1929, ketika berlaku kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat, jutaan orang kehilangan segalanya. Tetapi ini tidak terjadi kepada Floyd Odlum. Ketika orang lain panik dan menjual saham-saham mereka dengan harga yang amat rendah, Odlum bertindak cepat dan membeli saham-saham tersebut sementara masa depan negara itu hancur. Tindakan itu kelihatan bodoh. Tetapi perspektif “bodoh” Odlum membuahkan hasil, mendatangkan pelaburan kukuh yang bertahan selama beberapa dekad.
Mendengarkan Kita Dari Syurga
Pada usia 18 bulan, si kecil Maison tidak pernah mendengar suara ibunya. Kemudian doktor pertama kali memasukkan alat pendengaran ke telinganya. Ibunya, Lauryn bertanya kepadanya, “Sayang, dapat dengar ibu?” Mata anak itu bersinar. “Hai sayang!” tambah Lauryn. Maison tersenyum membalas ibunya dengan nada lembut. Dalam tangisan, Lauryn sedar dia menyaksikan keajaiban. Dia melahirkan Maison dalam keadaan pramatang setelah seorang lelaki bersenjata mencerobohi rumahnya dan menembaknya sebanyak 3 kali. Dengan berat hanya 0.45kg, Maison tinggal di bilik rawatan rapi selama 158 hari dan tidak dijangka dapat hidup, apalagi dapat mendengar.
Apakah yang anda boleh lakukan apabila seseorang mencabar iman anda?
Apakah yang anda boleh lakukan apabila seseorang mencabar iman anda?
Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki (1 Petrus 3:15).
Iman kita dalam Kristus kadangkala dicabar melalui beberapa cara oleh pihak-pihak tertentu. Sama ada ia dari…
Bebaskan Diri atau Kesejahteraan?
“BEBASKAN DIRI.” Papan iklan besar itu menunjukkan faedah menikmati tab mandi panas. Ini menarik perhatian saya dan membuat saya berfikir. Saya dan isteri telah merancang untuk mendapatkan sebuah tab mandi panas. Bayangkan kami sedang bercuti di halaman belakang rumah! Apabila memikirkan hal pembersihan, bil elektrik dan sebagainya, tiba-tiba harapan untuk “membebaskan diri” kedengaran seperti sesuatu yang mungkin saya perlu elakkan.
Diampuni Sepenuhnya
Kotak kecil segi empat berwarna merah itu ajaib. Sebagai kanak-kanak, saya dapat bermain dengannya selama berjam-jam. Apabila saya memusing tombol kotak, saya dapat membuat garis mendatar di skrinnya. Apabila putar tombol lain, garis menegak akan muncul. Semasa saya memutarkan tombol secara serentak, saya dapat membuat garis serong, bulatan dan reka bentuk kreatif. Tetapi kejutan sebenarnya terjadi apabila saya menterbalikkan skrin, menggoyangkannya sedikit dan mengembalikannya ke asal. Skrin itu akan menjadi bersih, dan saya boleh membuat reka bentuk baru.