Nasihat yang Bijaksana
Ketika bumbung bangunan Katedral Notre-Dame di Paris terbakar pada April 2019, tiang kayu lama dan kepingan timah turut menjadi relau yang sangat panas sehingga kebakaran tidak dapat dibendung. Selepas puncak menara katedral runtuh secara mendadak, perhatian mulai berubah ke arah menara loceng. Sekiranya kerangka kayu loceng besi itu turut terbakar, kedua-dua menara akan runtuh dan katedral akan musnah.
Kita adalah Satu
Berita tersebar dengan cepat dalam komuniti petani kecil. David mendapati ladang yang pernah dimiliki keluarganya selama beberapa dekad kini dilelong oleh pihak bank setelah bertahun-tahun. Setelah membuat banyak pengorbanan dan menyimpan wang, David tiba di tempat jualan lelong dengan hampir 200 petani yang lain untuk menyertai jualan tersebut. Adakah bidaan David yang sedikit itu cukup? Dia membuat bidaan pertama, sambil menarik nafas panjang apabila jurulelong meminta bidaan yang lebih tinggi. Orang ramai tetap senyap sehingga pukulan tukul kayu kedengaran. Ternyata para petani lain telah mengutamakan keperluan David dan keluarganya dengan mengetepikan keuntungan mereka sendiri.
Kuasa Cinta
Pasangan berusia dalam lingkungan 80-an, iaitu seorang berasal dari Jerman dan seorang lagi dari Denmark, merupakan pasangan yang luar biasa. Mereka masing-masing telah berkahwin selama 60 tahun sebelum mereka menjadi janda dan duda. Mereka tinggal di negara berasingan yang hanya dipisahkan oleh sempadan sejauh 15 minit jaraknya. Meskipun demikian, mereka tetap saling mencintai, sering menikmati makanan masakan sendiri dan meluangkan masa bersama. Malangnya pada tahun 2020, kerajaan Denmark menutup jalan masuk sempadan disebabkan virus korona,. Namun itu tidak menjadi halangan bagi mereka. Setiap hari pada jam 3:00 petang, kedua-duanya akan bertemu di jalan yang kecil dan sunyi, duduk bersebelahan di sempadan negara masing-masing dan berkongsi makanan. “Kami berada di sini kerana cinta,” jelas lelaki itu. Cinta mereka lebih kuat daripada sempadan, lebih hebat daripada pandemik.
Tidak Dilupakan
Apabila kita memikirkan sejarah para mubaligh, pasti nama George Liele (1750-1820) tidak terlintas dalam fikiran. Sepatutnya kisahnya harus dikenang. Sebagai abdi sejak lahir, Liele percaya kepada Kristus di Georgia dan mendapat kebebasannya sebelum Perang Revolusi Amerika. Dia membawa Injil tentang Yesus ke Jamaica dan melayani abdi-abdi ladang di sana. Dia menjadi pastor dan mengasaskan 2 gereja bagi orang berkulit hitam di Savannah, Georgia—salah satunya dianggap sebagai “gereja induk Black Baptists.”