Month: Mac 2022

Nyanyian Kasih

Pada suatu petang Sabtu, kami pergi ke sebuah taman di tepi sungai yang tenang. Di situ, orang-orang sedang berjoging, memancing, serta burung camar yang berebut-rebut sisa-sisa ikan dan kentang goreng, manakala saya dan isteri duduk memerhatikan satu pasangan. Mereka mungkin berusia akhir 40-an, bertutur dalam bahasa asing. Wanita itu duduk menatap mata pasangannya sementara lelaki itu tanpa segan menyanyikan lagu cinta dalam bahasanya sendiri. Kami turut mendengar nyanyiannya yang dibawa angin.

Menangani Ketidakpastian

Kita hidup di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan, ini boleh merangkumi tuala kertas hingga insurans nyawa . Pada tahun 2004, ahli psikologi Barry Schwartz menulis sebuah buku bertajuk The Paradox of Choice (Paradoks Pilihan). Dia berpendapat bahawa walaupun kebebasan memilih penting untuk kesejahteraan kita, tetapi terlalu banyak pilihan dapat menambah beban kita dan menyebabkan kita susah untuk membuat keputusan. Walaupun tidak banyak risiko terlibat ketika memutuskan tuala kertas yang akan dibeli, dilema dapat melesukan kita ketika membuat keputusan besar yang mempengaruhi perjalanan hidup kita. Oleh itu, bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan serba-salah dan menjalani kehidupan untuk Yesus dengan yakin?

Mengikut Yesus ke Jalan Salib

Minggu terakhir Penyelamat kita di bumi

Tujuh hari sebelum kematian dan kebangkitan Yesus adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam kalendar Kristian. Ini dikenali sebagai Minggu Suci iaitu minggu terakhir Penyelamat kita di bumi. Banyak peristiwa penting berlaku dalam minggu itu seperti perarakan kemasukan Yesus ke Yarusalem, pembersihan rumah Tuhan, perjamuan Tuhan, penyaliban dan kematian-Nya.

Sempena Paska ini, kami menjemput anda…

Pendedahan dan Keyakinan

Acara mendedahkan jantina bayi pada tahun 2019 sungguh dramatik. Pada bulan Julai, satu video memperlihatkan sebuah kereta yang mengeluarkan asap biru untuk menunjukkan, “Inilah anak lelaki!” Pada bulan September, sebuah pesawat terbang pertanian di Texas menyimbah beratus-ratus gelen air merah jambu untuk mengumumkan, “Inilah anak perempuan!” Bagaimanapun, terdapat satu lagi “pendedahan” tentang perkara-perkara penting mengenai dunia ini, tempat yang kanak-kanak ini akan dibesarkan. Pada akhir tahun 2019, YouVersion (laman web Alkitab) mendedahkan bahawa ayat Alkitab yang paling banyak dikongsi, ditonjolkan dan ditandai pada tahun itu atas talian dan aplikasi telefon pintar ialah Filipi 4:6, “Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.”

Semua Makhluk Besar dan Kecil  

Michelle Grant melatih anak beaver bernama Timber untuk kembali ke alam liar. Ketika Michelle membawa Timber berenang di kolam, makhluk ini akan kembali ke kayaknya untuk mengerekot dan menggosok hidung. Namun, pada suatu pagi, Timber tidak pulang. Michelle mencari-cari di seluruh kolam selama 6 jam. Beberapa minggu kemudian, Michelle menjumpai tengkorak seekor beaver. Michelle menyangka itu Timber, dan mula menangis.