Pada awal 1980-an, seorang ahli astronomi terkemuka yang tidak percaya kepada Tuhan menulis, “Ada satu fakta umum yang mencadangkan bahawa satu intelek yang luar biasa telah mempermainkan fizik, begitu juga dengan kimia dan biologi.” Namun di kaca mata seorang ahli sains, ada bukti menunjukkan bahawa sesuatu telah mencipta semua yang kita dapat lihat dalam alam semesta. Dia menambah, “Tiada kuasa rambang dalam penciptaan alam semula jadi.” Dengan kata lain, semua yang kita dapat lihat seolah-olah telah dirancang oleh Seseorang. Namun, ahli astronomi itu tetap kekal sebagai ateis (tidak percaya kepada kewujudan Tuhan).

3,000 tahun yang lalu, seorang manusia pintar yang lain menengadah ke langit dan membuat kesimpulan yang berbeza ini. “Apabila aku melihat langit yang telah Engkau ciptakan, bulan dan bintang yang Engkau tempatkan, apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan belaka, namun Engkau peliharakan mereka.” Daud mengeluarkan kekaguman ini (Mazmur 8:4-5).

Tuhan sangat mengambil berat terhadap kita. Alam semesta menceritakan kisah Penciptanya yang pintar, “intelek luar biasa” yang mencipta minda dan menempatkan kita di sini untuk merenungkan pekerjaan-Nya. Melalui Yesus dan penciptaan-Nya, kita dapat mengenal Tuhan. Paulus menulis, “Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan. Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi” (Kolose 1:15-16).

Alam semesta memang telah “dipermainkan”. Identiti Pereka yang bijak memang wujud untuk ditemui oleh sesiapa yang bersedia untuk mencari-Nya