Mengelilingi Ranyai
Mendirikan pohon Ranyai merupakan suatu kewajiban di rumah panjang semasa Gawai Dayak. Pohon Ranyai diambil daripada pokok pisang atau kayu…
Minum “Ai Pengayu”
Seperti pesta Kaamatan, pesta Gawai juga akan menghidangkan tuak sebagai salah satu hidangan utama. Bagi masyarakat Iban, salah satu ritual…
Unduk Ngadau serta Kumang & Keling
Ini merupakan acara pertandingan ratu cantik bagi memilih pemenang yang akan melambangkan Huminodun (Kaamatan) serta Kumang dan Keling (Gawai). Huminodun…
Berpesta
Semasa pesta Kaamatan, antara acara popular adalah meminum tapai atau kinomol (arak tradisional) yang diperbuat daripada nasi atau ubi kayu.…
Magavau dan Miring
Magavau adalah upacara yang dilakukan semasa Kaamatan, manakala Miring pula semasa Gawai. Kedua-dua upacara ini mempunyai persamaan iaitu pemujaan dan…
Yesus Melebihi Adat dan Budaya
Yesus Melebihi Adat dan Budaya
Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Orang Asal Sabah dan Sarawak. Terdapat banyak adat atau upacara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas kedua-dua pesta ini. Upacara ini sangat berkaitan dengan kepercayaan tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak, khususnya nenek moyang mereka. Pada hari ini, ramai Orang Asal Sabah dan Sarawak telah menjadi Kristian…
Pemberian yang Murah Hati
Jeneral Charles Gordon (1833–1885) berkhidmat untuk Ratu Victoria di negara China dan tempat lain. Namun ketika dia tinggal di England, dia mendermakan 90 peratus daripada pendapatannya. Ketika dia mendengar tentang kebuluran di Lancashire, dia menggores untuk memadamkan tulisan penghargaan pada pingat emas tulen yang telah diterimanya daripada seorang pemimpin dunia dan mengirimkannya ke kawasan utara, dan memberi pesan mereka untuk mencairkan pingat emas dan menggunakan wang itu untuk membeli roti bagi orang miskin. Pada hari itu dia menulis dalam diarinya: “Aku telah menyerahkan benda duniawi terakhir yang aku miliki dan hargai di dunia ini kepada Tuhan Yesus.”
Pada Akhirnya
Saya sering diberi keistimewaan untuk memimpin kem retret rohani. Meluangkan waktu selama beberapa hari untuk berdoa dan merenung sangat memperkaya hidup. Semasa program dijalankan, kadang-kadang saya meminta para peserta melakukan satu latihan: “Bayangkan hidup anda sudah berakhir dan berita kematian anda diterbitkan di surat akhbar. Apakah yang anda ingin katakan?” Hasilnya, sebilangan peserta mengubah keutamaan hidup mereka, dengan tujuan untuk mengakhiri hidup mereka dengan baik.
Sesuatu yang Dalam dan Terikat
Amina, seorang pendatang dari Iraq, dan Joseph, seorang rakyat Amerika sejak lahir, menghadiri demonstrasi politik untuk menyokong pendirian masing-masing yang bertentangan. Kita telah diajar untuk percaya bahawa permusuhan yang mendalam wujud antara mereka yang terpisah oleh etnik dan politik.. Bagaimanapun, ketika sekumpulan kecil perusuh menyerang Joseph dan cuba membakar bajunya, Amina bergegas untuk melindunginya. “Saya berfikir kita tidak dapat dipisahkan sebagai manusia,” kata Joseph kepada wartawan, “Inilah saatnya kami menyedari bahawa ‘tindakan ini tidak ok.” Sesuatu yang lebih mendalam berbanding dengan politik telah menyatukan Amina dan Joseph.