Siapakah Yesus? Ada yang mengatakan bahawa Dia adalah seorang guru yang baik, tetapi hanya seorang manusia. Pengarang C. S. Lewis menulis, “Sama ada orang ini ialah Anak Tuhan sejak dahulu dan sekarang, atau mungkin seorang gila atau lebih teruk daripada itu. Anda boleh menutup mulutnya kerana menganggap Dia orang bodoh, anda boleh meludahinya dan membunuhnya sebagai syaitan, atau anda boleh bersujud di kakinya dan memanggilnya Tuan dan Tuhan, tetapi jangan kita mengarut dan menghina dia sebagai seorang guru manusia yang agung.” Kata-kata yang kini terkenal dan dipetik daripada buku Mere Christianity (Kekristianan Asali) ini menyatakan bahawa Yesus tidak akan menjadi nabi yang agung jika Dia secara palsu mengaku Diri sebagai Tuhan. Itu akan menjadi ajaran sesat.

Sementara berbicara dengan para pengikut-Nya semasa mereka berjalan dari pekan ke pekan, Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut kata orang, siapakah Aku ini?” (Markus 8:27). Jawapan mereka merangkumi Yohanes Pembaptis, Elia dan salah seorang nabi (ayat 28). Tetapi Yesus ingin tahu apa yang dipercayai mereka: “Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?” Petrus menjawab dengan betul. “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah!” (ayat 29).

Tetapi menurut kita, siapakah Yesus? Yesus tidak mungkin menjadi seorang guru atau nabi yang baik jika apa yang dikatakan tentang diri-Nya—bahawa Dia dan Bapa (Tuhan) adalah “satu” (Yohanes 10:30)—tidak benar. Pengikut-pengikut-Nya bahkan roh jahat (atau syaitan) pun mengisytiharkan ketuhanan-Nya sebagai Anak Tuhan (Matius 8:29; 16:16; 1 Yohanes 5:20). Hari ini, semoga kita menyebarkan berita tentang siapa Kristus kerana Dia menyediakan apa yang kita perlukan untuk memberitakan Dia.