Hikmat dan Pengertian
Pada tahun 1373, apabila Julian dari Norwich berusia 30 tahun, dia jatuh sakit dan hampir meninggal. Apabila pastornya mendoakan dia, dia mengalami sejumlah penglihatan yang dianggapnya sebagai penyaliban Yesus. Setelah mengalami kesembuhan yang ajaib, dia menghabiskan 20 tahun berikutnya tinggal sendirian di sebuah bilik samping gereja, berdoa dan merenungkan pengalaman itu. Dia menyimpulkan bahawa “pengalamannya adalah mengenai kasih”; maksudnya, pengorbanan Kristus merupakan pernyataan kasih Tuhan yang tertinggi.
Tiada Kasih yang Lebih Besar
Hari Peringatan ulang tahun ke-75 D-Day (hari operasi khas) pada tahun 2019 telah memberi penghormatan kepada lebih 156,000 askar yang mengambil bahagian dalam serangan laut terbesar dalam sejarah untuk membebaskan Eropah Barat. Dalam doanya yang disiarkan di radio pada 6 Jun 1944, Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt meminta perlindungan Tuhan, “Mereka berjuang bukan untuk memenuhi nafsu penaklukan sendiri. Mereka berjuang untuk mengakhiri penaklukan. Mereka berjuang untuk pembebasan.”
Dia Menyelami Hatiku
Setelah seorang pelanggan meletakkan barang-barang yang dibelinya di stesen pembayaran kendiri di sebuah kedai runcit, saya pun pergi ke stesen tersebut dan terus mengimbas barang-barang saya. Tanpa diduga, seorang yang kelihatan marah menghadapi saya. Saya tidak menyedari dia sebenarnya berada di barisan sebelum saya untuk membuat pembayaran. Apabila menyedari kesalahan saya, saya dengan ikhlas berkata, “Maafkan saya.” Namun dia menjawab, “Tidak, kamu tidak dimaafkan!”
Bertahan dan Bertumbuh
The Croods, sebuah animasi yang mengisahkan satu keluarga pada zaman batu. Keluarga ini percaya bahawa “satu-satunya cara untuk bertahan hidup adalah jika keluarga mereka tetap bersama.” Mereka takut dengan dunia sekitar mereka dan yang lain, jadi ketika mereka mencari tempat tinggal yang selamat, mereka menjadi takut setelah menemui sebuah keluarga pelik sudah tinggal di kawasan yang dipilih mereka. Tetapi mereka segera belajar menerima perbezaan hidup jiran baharu mereka, mendapatkan sokongan mereka, dan bertahan hidup bersama. Mereka mendapati bahawa mereka benar-benar menikmati hidup bersama dan memerlukan orang lain untuk menjalani kehidupan yang bermakna.
Perjamuan Cakerawala
Ketika kapal angkasa modul Apollo 11 Eagle mendarat di Sea of Tranquility (Laut Tenteram) di bulan pada 20 Julai 1969, para pengembara angkasa itu mengambil masa untuk pulih daripada penerbangan jauh mereka sebelum melangkah ke permukaan bulan. Angkasawan Buzz Aldrin telah mendapat izin untuk membawa roti dan wain supaya dia dapat mengambil Perjamuan Tuhan. Selepas membaca Alkitab, dia menikmati makanan pertama di bulan. Kemudian dia menulis: “Saya menuangkan wain ke cawan yang telah diberikan oleh gereja kami. Di bawah graviti 1/6 di bulan, dengan perlahan wain mengalir di tepi cawan.” Ketika Aldrin menikmati perjamuan cakerawala ini, tindakannya mengisytiharkan kepercayaannya tentang pengorbanan Kristus pada kayu salib dan jaminan kedatangan-Nya yang kedua kali.