Pada pandangan pertama, saya terlepas pandang karya Makoto Fujimura, Consider the Lilies sebagai satu lukisan yang sederhana, lukisan monokromatik (lukisan satu warna) yang bercirikan bunga lili dan kelihatan tersembunyi di latar belakang. Walau bagaimanapun, lukisan itu kelihatan seperti bernyawa apabila saya mengetahui ia sebenarnya dilukis dengan lebih daripada 80 lapisan mineral yang dihancurkan halus menggunakan gaya seni Jepun yang dikenali sebagai Nihonga, satu gaya yang Fujimura menamakan “seni yang perlahan.” Apabila melihat dengan teliti, lukisan ini menampilkan lapisan yang kompleks dan cantik. Fujimura menerangkan bahawa dia melihat Injil bergema seperti dalam teknik membuat “kecantikan melalui kehancuran,” seperti mana penderitaan Yesus membawa kesatuan dan harapan kepada dunia.
Tuhan suka menggunakan kehancuran dalam aspek kehidupan kita untuk mencipta sesuatu yang baru dan cantik. Raja Daud memerlukan pertolongan Tuhan untuk memulihkan kehancuran dalam hidupnya yang diakibatkan oleh perbuatannya yang membawa binasa. Dalam Mazmur 51, yang ditulis berikutan penyalahgunaan kuasa rajanya untuk mengambil isteri orang lain dan mengatur pembunuhan suami wanita tersebut, Daud mempersembahkan “hati yang remuk dan sesal” kepada Tuhan (ayat 19) dan merayu pengampunan-Nya. Perkataan Ibrani bagi “sesal” ialah nidkeh, yang bermaksud “hancur”.
Untuk membaharui hatinya (ayat 12), Daud perlu terlebih dahulu menyerahkan dirinya yang hancur kepada Tuhan. Ini hasil daripada pengakuan kedukaan dan kepercayaan seseorang. Daud menyerahkan hatinya kepada Tuhan yang setia dan mengampuni, dengan penuh kasih mengambil sesuatu yang hancur dan menukarnya kepada sesuatu yang indah.