Pada tahun 1970, seorang eksekutif penjualan kereta yang sedang mengunjungi Denmark telah menjumpai sebuah kereta berjenama Buick Dual Cowl Phaeton 1939 yang dimiliki oleh seorang penduduk tempatan. Oleh sebab model kereta tersebut tidak pernah melalui proses pengeluaran besar-besaran, maka penemuan ini sungguh luar biasa kerana inilah satu-satunya jenis kereta di dunia. Oleh sebab teruja oleh penemuan tersebut, eksekutif itu terus membeli kereta tersebut dan menghabiskan masa serta wangnya untuk membaiki pulih kereta. Pada masa kini, kereta yang unik ini menjadi salah sebuah koleksi kereta klasik yang termasyhur di dunia.
Harta yang tersembunyi boleh ditemui dalam pelbagai bentuk. Dalam kitab 2 Tawarikh, kita juga dapat mengetahui tentang penemuan sebuah harta yang hilang. Pada tahun kelapan belas pemerintahan, raja Israel iaitu Raja Yosia mula memperbaiki Rumah Tuhan di Yerusalem. Dalam proses memperbaiki Rumah Tuhan, seorang imam bernama Hilkia “menemui kitab Taurat di dalam Rumah Tuhan” (2 Tawarikh 34:15). Kitab Taurat, lima kitab pertama dalam Perjanjian Lama berkemungkinan besar telah disembunyikan berdekad-dekad lamanya untuk mengelakkannya dimusnahkan oleh ancaman tentera yang menceroboh. Oleh itu, kitab Taurat telah dilupakan dari masa ke semasa.
Apabila Raja Yosia mengetahui penemuan kitab Taurat, dia pun menyedari akan kepentingannya. Yosia sejurusnya mengarahkan seluruh rakyat Isreal membaca seluruh kandungan kitab Taurat bersama-sama supaya semua isi yang tertulis dalam kitab tersebut dapat ditaati (ayat 30-31)
Tuhan telah memberi kurnia-Nya kepada kita, inilah yang terpenting bagi hidup kita hari ini, sehingga kita boleh membaca kesemua 66 kitab dalam Alkitab, sebuah harta yang tidak ternilai harganya.