“Anda akan dalam ingatan dan doa aku. / Aku akan mengingatkan dan mendoakan anda.” Sekiranya anda mendengar kata-kata itu, anda mungkin tertanya-tanya jika orang itu benar-benar maksudnya. Tetapi anda sama sekali tidak perlu waswas apabila Edna Davis yang mengatakannya. Semua orang di bandar kecil itu mengetahui tentang pad kuning “Cik Edna”—halaman demi halaman, dibarisi dengan nama demi nama demi nama. Setiap awal pagi, wanita tua itu berdoa dengan nyaring kepada Tuhan. Tidak semua orang dalam senarainya menerima jawapan untuk doa yang mereka minta, tetapi beberapa orang telah memberi kesaksian di pengebumian Edna bahawa mereka telah mengalami sesuatu yang ternyata hanya boleh dilakukan oleh Tuhan dalam hidup mereka, dan mereka memberi kredit kepada doa cik Edna yang tekun.

Tuhan menunjukkan kuasa doa ketika Petrus di penjarakan. Selepas rasul ditangkap oleh askar milik Herodes, dimasukkan ke dalam penjara, dan kemudian “dijaga oleh empat kumpulan askar, dan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang askar” (Kisah Rasul-Rasul 12:4), masa depannya kelihatan suram. Tetapi “jemaah tekun berdoa kepada Allah bagi Petrus” (ayat 5). Petrus ada dalam ingatan dan doa mereka. Seterusnya apa yang dilakukan oleh Tuhan sangat menakjubkan! Seorang malaikat menampakkan diri kepada Petrus di penjara, membebaskannya daripada belenggu rantai, dan membawanya ke tempat yang selamat di luar pintu penjara (ayat 7-10).

Kemungkinan besar ada orang menggunakan “ingatan dan doa” tanpa benar-benar bermaksud sebegitu. Tetapi Bapa kita tahu fikiran kita, mendengar doa kita, dan bertindak bagi pihak kita mengikut kehendak-Nya yang sempurna. Untuk didoakan dan mendoakan orang lain bukanlah hal kecil apabila kita melayani Tuhan yang agung dan penuh kuasa.