Month: November 2022

Pertaubatan yang Diberkati

“BROKE” (Hancur) merupakan nama jalanan Grady dan lima huruf itu terukir dengan bangga pada plat nombor keretanya. Walaupun ini bukan suatu kebetulan, nama ini sepadan dengan dirinya sebagai seorang kaki judi, penzina dan penipu. Dia patah hati, jatuh muflis dan jauh daripada Tuhan. Bagaimanapun, semuanya berubah pada suatu petang apabila dia dijamah oleh Roh Kudus di dalam bilik sebuah hotel. Dia memberitahu isterinya, “Aku rasa aku diselamatkan oleh Yesus!” Petang itu, dia mengakui dosa yang disangkanya akan dibawa ke kubur dan datang kepada Yesus untuk meminta pengampunan. Grady menyangka dia tidak akan hidup mencapai lebih daripada 40 tahun, namun kini dia hidup dan melayani Tuhan selama tiga puluh tahun lagi sebagai orang yang percaya kepada Yesus. Nombor plat keretanya juga berubah daripada—“BROKE” kepada “REPENT” (BERTAUBAT).

Harapan yang Berkekalan

Doktor memberi diagnosis bahawa Solomon yang berusia 4 tahun telah menghidapi distrofi otot Duchenne, satu penyakit yang menyebabkan kemerosotan otot. Setahun kemudian, para doktor membincangkan dengan keluarganya bahawa Solomon perlu duduk kerusi roda. Tetapi Solomon membantah keran dia tidak ingin menggunakan kerusi roda. Keluarga dan rakan-rakan berdoa dan mengumpul dana untuk mendapatkan anjing perkhidmatan yang terlatih agar Solomon boleh melengahkan penggunaan kerusi roda selama yang mungkin. Tails for Life merupakan sebuah organisasi yang melatih Callie, anjing perkhidmatan saya dan sedang mempersiapkan anjing yang bernama Waffles untuk melayani Solomon.

Harapan dan Hasrat

Ketika saya berpindah ke England, Hari Kesyukuran yang biasa disambut di Amerika Syarikat pada bulan November menjadi satu hari Khamis yang biasa. Walaupun saya merayakannya pada hujung minggu selepas itu, saya rindu untuk berkumpul bersama-sama keluarga dan rakan-rakan saya pada hari tersebut. Namun, saya menyedari bahawa bukan saya seorang sahaja yang memiliki hasrat seperti ini. Kita semua rindu untuk bersama dengan orang-orang yang kita sayangi pada hari cuti dan hari-hari yang istimewa. Bahkan ketika kita sedang merayakan, kita mungkin merindukan seseorang yang tidak ada bersama dengan kita ketika itu, atau kita mungkin berdoa untuk hubungan keluarga kita yang berpecah belah boleh didamaikan.

Masa Depan Kita pada Tangan Tuhan

Pada tahun 2010, Laszlo Hanyecz membuat transaksi pertama dengan bitcoin (mata wang digital yang bernilai sebahagian kecil daripada satu sen setiap satu), membeli dua kotak piza yang harga $25 dengan menggunakan 10,000 bitcoin. Pada tahun 2021, semasa bitcoin mencapai nilai puncak, harganya boleh bernilai lebih daripada $500 juta. Lama sebelum nilai bitcoin melonjak tinggi, dia terus membeli piza menggunakan mata wang digital ini dan telah membelanjakan sebanyak 100,000 bitcoin. Sekiranya dia menyimpan bitcoin tersebut, nilainya pasti akan membuat dirinya seorang jutawan sebanyak 68 kali ganda dan meletakkan namanya dalam senarai majalah Forbes “orang terkaya di dunia.” Kalaulah dia dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Iman yang Bertindak 

Ribut angin yang kuat telah melanda sebuah komuniti pada suatu petang Jun tahun 2021, memusnahkan bangsal sebuah keluarga. Ini merupakan kerugian yang menyedihkan kerana bangsal itu merupakan harta keluarga itu sejak turun-temurun sejak akhir tahun 1800-an. Pada keesokan pagi, ketika John dan Barb sedang dalam perjalanan ke gereja, mereka melihat kerosakan itu dan memikirkan bagaimana mereka dapat membantu. Oleh itu, mereka berhenti dan mendapati keluarga itu memerlukan bantuan untuk pembersihan. Lalu, dengan cepat mereka menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah untuk menukar pakaian dan kembali ke tempat kejadian untuk membantu membersihkan kemusnahan akibat angin yang telah mengganas. Mereka meletakkan iman mereka dalam tindakan ketika mereka melayani keluarga ini.