Keajaiban Hari Krismas
Sewaktu mengunjungi jualan garaj, saya menemui satu set patung permainan yang menunjukkan kelahiran Yesus dalam sebuah kotak kadbod yang buruk. Ketika saya mengangkat patung bayi Yesus, perincian yang diukir dengan halus pada patung itu menarik perhatian saya. Mata patung bayi yang baru lahir ini tidak tutup dan dibalut dengan selimut—dia terjaga dan sebahagian selimutnya terungkai dengan lengan yang dihulurkan, malah tangannya terbuka serta jarinya terentang. Patung tersebut seakan-akan berkata: “Aku di sini!”
Secukupnya
Dalam filem Fiddler on the Roof, seorang watak yang bernama Tevye bercakap secara jujur dengan Tuhan tentang ekonomi-Nya: “Engkau telah mewujudkan begitu ramai orang miskin. Sudah tentunya, aku sedar bahawa menjadi miskin itu tidak memalukan. Tetapi itu juga bukan suatu penghormatan! Jadi, adakah ini sesuatu yang buruk jika aku mempunyai kekayaan walaupun hanya sedikit! … Adakah itu akan merosakkan rancangan yang besar dan kekal—jikalau aku seorang yang kaya?
Warisan Iman
Pada tahun 2019, satu penyelidikan telah dilakukan untuk meninjau tentang warisan rohani orang Kristian di Amerika Syarikat. Penyelidikan ini mendapati bahawa golongan nenek dan ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan rohani. Hampir dua pertiga orang berkata bahawa mereka mewarisi iman melalui ibu mereka, manakala satu pertiga orang mengakui bahawa datuk dan nenek (biasanya nenek) juga memainkan peranan penting.
Sahabat Seumur Hidup
William Cowper (1731 -1800), seorang penyair Inggeris, membina persahabatan dengan pastornya, John Newton (1725 -1807), yang juga merupakan bekas pedagang hamba. Cowper mengalami kemurungan serta kebimbangan, malah telah beberapa kali cuba untuk bunuh diri. Setiap kali Newton melawat Cowper, mereka akan pergi bersiar-siar dan bercakap tentang Tuhan. Newton mendapat idea untuk menghimpunkan sebuah buku lagu dengan harapan bahawa Cowper akan mendapat manfaat agar dia dapat melibatkan dirinya secara kreatif dan mempunyai alasan untuk menulis puisinya. Cowper menyumbang banyak lagu, termasuklah “God Moves in a Mysterious Way” (Tuhan Bekerja dengan Cara yang Ajaib). Ketika Newton berpindah ke gereja lain, dia dan Cowper masih kekal sebagai sahabat yang rapat dan sentiasa berhubung sepanjang hayat Cowper.
Dalam Tangan Tuhan
William Shatner melakonkan watak Kapten Kirk dalam siri televisyen Star Trek, tetapi dia tidak bersedia untuk pengembaraan yang sebenar ke angkasa lepas. Shatner berkata bahawa penerbangan sub orbital selama 11 minit tersebut merupakan “pengalaman paling luar biasa yang boleh saya bayangkan.” Dengan perasaan kagum, Shatner melangkah keluar dari roketnya, “melihat langit yang biru melangkaui anda dan kemudiannya merenung ke dalam kegelapan, itulah pengalaman yang amat mengagumkan” kata Shatner. Anda “memandang ke bawah dan melihat warna kebiruan di bawah serta kegelapan di atas”. Dia menambah, “keindahan warna tersebut kelihatan sangat nipis dan anda akan melepasinya dalam hanya sekelip mata.”