Month: Disember 2022

Keajaiban Hari Krismas

Sewaktu mengunjungi jualan garaj, saya menemui satu set patung permainan yang menunjukkan kelahiran Yesus dalam sebuah kotak kadbod yang buruk. Ketika saya mengangkat patung bayi Yesus, perincian yang diukir dengan halus pada patung itu menarik perhatian saya. Mata patung bayi yang baru lahir ini tidak tutup dan dibalut dengan selimut—dia terjaga dan sebahagian selimutnya terungkai dengan lengan yang dihulurkan, malah tangannya terbuka serta jarinya terentang. Patung tersebut seakan-akan berkata: “Aku di sini!”

Patung itu menggambarkan keajaiban Hari Krismas—bahawa Tuhan telah mengutus Anak-Nya ke bumi sebagai seorang manusia. Pada masa tubuh Yesus yang masih bayi menjadi dewasa, tangan-Nya yang kecil bermain dengan pelbagai jenis permainan, akhirnya memegang Taurat, dan kemudian bekerja sebagai seorang tukang kayu sebelum memulakan pelayanan-Nya. Kaki-Nya yang montok serta sempurna pada waktu kelahiran-Nya, bertumbuh dan membawa Dia pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengajar dan menyembuhkan orang ramai. Pada penghujung hidup-Nya, tangan dan kaki manusia ini dipaku untuk menahan tubuh-Nya di kayu salib.

Secukupnya

Dalam filem Fiddler on the Roof, seorang watak yang bernama Tevye bercakap secara jujur dengan Tuhan tentang ekonomi-Nya: “Engkau telah mewujudkan begitu ramai orang miskin. Sudah tentunya, aku sedar bahawa menjadi miskin itu tidak memalukan. Tetapi itu juga bukan suatu penghormatan! Jadi, adakah ini sesuatu yang buruk jika aku mempunyai kekayaan walaupun hanya sedikit! … Adakah itu akan merosakkan rancangan yang besar dan kekal—jikalau aku seorang yang kaya?

Beberapa abad dahulu, sebelum penulis Sholem Aleichem menaruh kata-kata yang jujur ini di lidah Tevye, Agur juga memanjatkan doa yang jujur tetapi agak berbeza kepada Tuhan dalam kitab Amsal. Agur memohon kepada Tuhan, “Tolonglah aku supaya aku tidak kaya dan tidak miskin. Oleh itu, berilah aku hanya apa yang aku perlukan” (Amsal 30:8). Agur tahu bahawa mungkin dia akan menjadi sombong dan berubah menjadi seorang ateis—menafikan sifat Tuhan, kalau dia mempunyai “terlalu banyak” [kekayaan]. Tambahan pula, Agur berdoa supaya Tuhan tidak membiarkan dia “menjadi miskin” kerana itu mungkin akan menyebabkan dia mencuri milik orang lain dan memalukan nama Tuhan (ayat 9). Agur mengakui bahawa Tuhan merupakan satu-satunya sumber segala keperluannya, dan memohon kepada Tuhan untuk memberi dia “secukupnya” bagi memenuhi keperluan sehariannya. Doa Agur mendedahkan niatnya untuk mengikut Tuhan dan kepuasan yang hanya dapat ditemukan dalam Tuhan.

Warisan Iman

Pada tahun 2019, satu penyelidikan telah dilakukan untuk meninjau tentang warisan rohani orang Kristian di Amerika Syarikat. Penyelidikan ini mendapati bahawa golongan nenek dan ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan rohani. Hampir dua pertiga orang berkata bahawa mereka mewarisi iman melalui ibu mereka, manakala satu pertiga orang mengakui bahawa datuk dan nenek (biasanya nenek) juga memainkan peranan penting.

Sahabat Seumur Hidup

William Cowper (1731 -1800), seorang penyair Inggeris, membina persahabatan dengan pastornya, John Newton (1725 -1807), yang juga merupakan bekas pedagang hamba. Cowper mengalami kemurungan serta kebimbangan, malah telah beberapa kali cuba untuk bunuh diri. Setiap kali Newton melawat Cowper, mereka akan pergi bersiar-siar dan bercakap tentang Tuhan. Newton mendapat idea untuk menghimpunkan sebuah buku lagu dengan harapan bahawa Cowper akan mendapat manfaat agar dia dapat melibatkan dirinya secara kreatif dan mempunyai alasan untuk menulis puisinya. Cowper menyumbang banyak lagu, termasuklah “God Moves in a Mysterious Way” (Tuhan Bekerja dengan Cara yang Ajaib). Ketika Newton berpindah ke gereja lain, dia dan Cowper masih kekal sebagai sahabat yang rapat dan sentiasa berhubung sepanjang hayat Cowper.

Dalam Tangan Tuhan

William Shatner melakonkan watak Kapten Kirk dalam siri televisyen Star Trek, tetapi dia tidak bersedia untuk pengembaraan yang sebenar ke angkasa lepas. Shatner berkata bahawa penerbangan sub orbital selama 11 minit tersebut merupakan “pengalaman paling luar biasa yang boleh saya bayangkan.” Dengan perasaan kagum, Shatner melangkah keluar dari roketnya, “melihat langit yang biru melangkaui anda dan kemudiannya merenung ke dalam kegelapan, itulah pengalaman yang amat mengagumkan” kata Shatner. Anda “memandang ke bawah dan melihat warna kebiruan di bawah serta kegelapan di atas”. Dia menambah, “keindahan warna tersebut kelihatan sangat nipis dan anda akan melepasinya dalam hanya sekelip mata.”

Planet kita merupakan titik biru yang dikelilingi oleh kegelapan. Keadaan ini memang amat meresahkan. Shatner mengatakan bahawa penerbangan dari langit yang biru ke dalam kegelapan angkasa umpama bertemu dengan kematian. “Dalam sekelip mata, anda akan menyedari, ‘Wah, inilah rupa kematian!’ Itulah yang aku nampak. Keadaan tersebut amat terharu bagiku. Pengalaman ini memang sesuatu yang amat sukar dipercayai.”