Salah satu akibat pandemik COVID-19 ialah banyak kapal persiaran harus berlabuh di pelabuhan dan para penumpang wajib dikuarantin. The Wall Street Journal memaparkan artikel yang merangkumi wawancara dengan sesetengah pelancong. Ketika mengulas bahawa berada dalam kuarantin memberikan lebih banyak peluang untuk mengadakan perbualan, seorang penumpang bergurau tentang isterinya—yang mempunyai ingatan yang sangat baik. Isterinya mampu mengungkit semua kesalahan yang pernah dilakukan oleh suaminya, dan dia berasa senarai itu masih belum selesai!
Kisah seperti ini mungkin membuat kita tersenyum, mengingatkan kita tentang sifat kemanusiaan kita, dan menjadi amaran kepada kita agar kita tidak cenderung memegang perkara-perkara yang harus kita lepaskan. Namun apakah yang membantu kita bersikap baik hati terhadap mereka yang melukai kita? Lihatlah Tuhan kita yang ajaib, sepertimana dipaparkan-Nya dalam petikan seperti Mazmur 103:8-12.
Mesej yang disampaikan dalam ayat 8-10 patut diberi perhatian: “TUHAN penuh belas kasihan dan kasih kurnia, panjang sabar serta melimpah kasih-Nya. Dia tidak sentiasa memarahi kita, dan tidak menyimpan kemarahan-Nya untuk selama-lamanya; Dia tidak memperlakukan kita berdasarkan dosa kita dan tidak menghukum kita setimpal dengan kesalahan kita.” Doalah untuk memohon pertolongan Tuhan serta membaca Alkitab, ini akan membantu kita menolak sikap ingin membalas dendam. Malah kita akan terdorong untuk berdoa bagi diri kita sendiri serta mereka yang mungkin kita tergoda untuk melukai tanpa menunjukkan kasih kurnia, belas kasihan dan pengampunan.