Jen berkahwin semula selepas suami pertamanya meninggal dunia. Anak-anak daripada suami baharunya tidak menerimanya, dan setelah suami itu juga meninggal, mereka membenci Jen kerana dia tinggal di rumah tempat mereka membesar. Suaminya meninggalkan sejumlah wang yang sederhana untuk menyaranya; tetapi anak-anaknya berkata bahawa dia mencuri warisan mereka. Jen menjadi lemah semangat dan kepahitan bertumbuh dalam hatinya.
Suami Naomi membawa keluarganya berpindah ke Moab, tempat yang dia dan dua anak lelaki mereka meninggal dunia. Bertahun-tahun kemudian, Naomi kembali ke Betlehem dengan tangan kosong, kecuali membawa bersama menantunya yang bernama Rut. Kota itu menjadi gempar dan para wanita di situ bertanya, “Naomikah ini?” (Rut 1:19). Dia berkata mereka tidak boleh menggunakan nama itu, yang bererti “yang menyenangkan.” Mereka harus memanggilnya “Mara,” yang bermaksud “pahit,” kerana “Aku keluar dari sini dengan tangan yang penuh tetapi TUHAN membawa aku pulang dengan tangan yang kosong” (ayat 20-21).
Adakah kemungkinan nama anda bermaksud Pahit? Anda kecewa dengan kawan-kawan, keluarga, atau kesihatan yang merosot. Anda layak mendapatkan yang lebih baik. Tetapi anda tidak mendapatkannya. Sekarang anda memendam kepahitan.
Naomi kembali ke Betlehem walaupun dalam keadaan kepahitan. Demikian juga dengan anda. Datanglah kepada Yesus, keturunan Rut, yang lahir di Betlehem. Berdiamlah dalam kasih-Nya.
Apabila sampai waktunya, Tuhan menggantikan kepahitan Naomi dengan rancangan-Nya yang sempurna dan penuh sukacita (4:13-22). Demikian juga Tuhan boleh menggantikan kepahitan anda. Kembalilah kepada-Nya.