Ketika Andrew dan keluarganya mengunjungi safari di Kenya, mereka berseronok menyaksikan pelbagai jenis haiwan sering pergi ke sebuah tasik kecil yang terletak di tengah-tengah landskap yang gersang. Haiwan-haiwan seperti zirafah, seladang, badak air dan unggas air semuanya menuju ke sumber air yang memberikan hidup. Apabila Andrew memerhatikan ulang-alik haiwan-haiwan tersebut, dia pun terfikir, “Alkitab umpama mata air yang ilahi”—Alkitab bukan sahaja ialah sumber pimpinan dan hikmah, tetapi juga oasis yang menyegarkan untuk menghilangkan rasa dahaga bagi semua lapisan manusia.

Pemerhatian Andrew menggemakan pemazmur yang menyebut orang sebagai “diberkati” apabila mereka bersukacita dan merenungkan hukum Tuhan, istilah yang digunakan dalam Perjanjian Lama untuk menerangkan arahan dan perintah Tuhan. Sesiapa yang merenungkan firman Tuhan adalah “seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya” (Mazmur 1:3). Sebagaimana akar sebatang pohon sampai ke dalam tanah untuk mencari sumber air yang menyegarkan, orang yang benar-benar mempercayai dan mengasihi Tuhan akan berakar umbi dalam firman-Nya dan mendapat kekuatan yang diperlukan mereka.

Kita boleh memastikan asas kita kekal berakar dalam Tuhan dengan menyerahkan diri kita kepada hikmah Tuhan; kita pun tidak akan seperti “sekam yang dilayangkan angin” (ayat 4). Apabila kita merenungkan apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita dalam Alkitab, kita akan memperoleh khasiat yang membolehkan kita menghasilkan buah yang kekal lama.